Rabu, 23 Disember 2009

Jom sertai perniagaan jutawan internet ini...

Assalamualaikum...

Mohon jasa pembaca blog ni untuk ku khabarkan suatu perkhabaran...
berikan masa 5 minit anda untk baca iklan kami ini..
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,

ya,mudah saja!!
klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
kami meminta anda jadi pengiklan sahaja untuk promote kan website syarikat kami kepada kwn2 anda....

katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi
sehinggalah 4 level, tahu tak anda akan peroleh RM11
jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu .. anda tak nak ke? ayuhlah sertai kami..
benda ni 100% percuma..PERCUMA...!

tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..
benda free tak kan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak, keahlian catcheye telah mencecah 38950 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..
Ini bukan penipuan...

Cara nak register:
1.klik link ni >>> http://www.catcheye.com.my/?r=35196
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.hanya perlu isi jawapan : jwapan x perlu risau..
kami bg jwapan skali anda ikut jer jwapan yg kami bg:

soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).

p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5.klik agree and proceed..Ok ,siap!
kemudian apa perlu buat?!
1. klik sign in
2. lepas sign in klik reward panel
3. Anda lihat akaun anda ade RM1 (bonus) dan link anda.
4. Copy link anda dan gantikan link syarikat kami ini dengan link anda.
5. postkan risalah syarikat kami ini di buletin myspace,friendster & emailkan kepada kawan2 anda.
6. Lihatlah tak sampai sebulan anda dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!
sebabnye,benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP,KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik link yg kami sediakan...utk maklumat lanjut sila klik link ini link

Jangan lupa solat sunat Dhuha juga... ;)

Wallahua'lam...

Isnin, 21 Disember 2009

Sekolah Menengah Melayu Samseng???

Setibanya ku dari kota tinggi semalam(isnin) diperhentian bas Batu Pahat, terus ku mencari surau untuk solat maghrib, sebelum itu ku dgn adik saudaraku hendak ke tandas, dan terperasan seorang mak cik yg menjaga kaunter tiket masuk bilik air...
dan disitulah bermulanya dialogku dgnnya:-

ku : assalamualaikum...
mak cik : wa'alaikumussalam...
ku : macam kenal jer mak cik ni???
mak cik : kamu nampak mak cik kat mana?
mak cik : kamu sekolah mana dulu?
ku : Sekolah Menengah Munshi Sulaiman, baru lah ku teringat kedudukan mak cik tu...
mak cik : bukan sekolah tu sekolah samseng ke?
ku : aik yer ke mak cik? memang pun ada samseng, tapi lihat orang nya lah makcik...
sambil mak cik tu tersenyum...
mak cik : aik ada juga yer pelajar sekolah tu dapat diploma???
ku : kenapa tidak mak cik???
mak cik : kan banyak samseng??? mana ada budak-budak sekolah tu yang ada masuk u ni???
ku : mak cik tak boleh pandang mcm tu jer... kena tengok juga, walaupun banyak juga masalah di sekolah tu, tapi masih ada pelajar yang cuba berusaha untuk berubah...
ku : oklah mak cik, maghrib dah masuk ni...
mak cik : baiklah...
ku : panjang umur, jumpa lagi yer, assalamualaikum...
mak cik : wa'alaikumussalam..

selesainya solat maghrib berjemaah, ku terus menelefon ayahandaku untuk meminta mengambil kami pulang ke kampung halaman...

waduh begitu sekali yer, tanggapan orang yang hanya memandang keburukan sahaja yer...
tak kira dimana kita berada jagalah akhlakmu....
Wallahua'lam...

Khamis, 17 Disember 2009

Menangani Krisis Kefahaman Terhadap Perjuangan

Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang parah mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.

Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni. Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.

Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat di atasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redho daripada Allah swt.

Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :

تفقهوا قبل أن تسودوا

Fahamilah oleh mu ( akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan ) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Pertama : Memahami Ghayah.

Ghayah adalah matlamat akhir yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu , ghayah atau matlamat akhir kita Allah Jalla wa A’la . Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.

و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله

“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.”

Surah al Ana'am : 153

Apabila kita benar – benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt. , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.

Allah swt. sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh kepada Allah swt.

Saat itu , tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana hubbur riyaasah atau gila jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini .

Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini , sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt. yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.

Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :

الله غايتنا
Allah Matlamat kita
الرسول قدوتنا
Ar Rasul Ikutan Kita
القرآن دستورنا
Al Quran Perlembagaan Kita
الجهاد سبيلنا
Al Jihad Jalan Perjuangan Kita
الموت في سبيل الله أسمى أماننا.
Mati Syahid di atas Jalan Allah setinggi – tinggi cita – cita Kita .

Kedua : Memahami Hadaf.

Hadaf ialah matlamat semasa atau objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.

Sebagai contoh , antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya daulah islamiyyah di atas tanahair kita.

Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.

Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf , kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai . Sebagai contoh tadi , Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai , maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.

Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut :

أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم

Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu

Malang , andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri – ciri daulah islamiyyah bahkan tidak menunjukkan syakhsiyyah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah .

Manakan tidak , semangat berkobar – kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita “hancur” , tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar . Tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan .

Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati criteria ad daaei atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai methodology dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap madu’u .

Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemic dan kontraversi . Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah , akhirnya menjauhkan madu’u dari perjuangan kita .

Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati madu’u .

Firman Allah swt :

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غبيظ القلب لانفضوا من حولك

Maka dengan rahmat Allah , engkau ( Muhammad saw ) berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu .

Surah Aali Imran : 159

Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa , berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam – dalamnya .

Kita bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti , apalagi laba duniawi . Kita berdakwah untuk membawa mesej perjuangan kita kepada masyarakat agar mereka menerima Islam.

Bertolak dari keinsafan ini , sampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah kita menembusi jiwa madu’u.

Firman Allah swt :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى احسن .

Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.

Surah an Nahl : 125

Ketiga : Memahami Manhaj.

Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi .

Al Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita . Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .

Firman Allah swt :

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع اهواء الذين لا يعلمون .

Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.

Surah al Jaathiyah : 18

Secara organisasinya , jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah .

Ianya mesti difahami dan dihayati . Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah . Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan.

Sebagai contoh , Jamaah kita mengambil pendekatan Muwaajahah bissilmi sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia . Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.

Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syara’ kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi . malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri .

Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang , namun ianya satu reality .

Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya.

Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kebodohan dan kejahilan mereka. Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas.

Ketidakfahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah .

Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata – mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran , sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah.

Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideology barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia yang digelar mereka sebagai syaithanul akbar.

Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideology barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat .

Lantaran itu , membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah . Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dikalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideology asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.

Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jamaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama’ dengan tanggapan serong bahawa ulama’ tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi.

Semuanya adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri .

Keempat : Memahami Bia’h. ( reality )

Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar , pula penampilan dan method yang tepat dan sesuai .

Perkara ini memerlukan kita memahami bia’h atau reality yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat sampaikan dengan baik kesetiap hati sanubari masyarakat , sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.

Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.

Tidak memahami bia’h menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula.

Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadhiran perjuangan kita serta keperluan jamaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bia’h.

Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum ?

Kelima : Memahami Isti’dad. ( persediaan )

Allah berfirman :

و اعدوا لهم ما استطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu .

Surah al Anfaal : 60

Kita tidak boleh berjuang semborono tanpa persiapan . Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya , kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia.

Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita .

Saidina Omar al Khattab menyatakan :

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah.( musuh )

Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan.

Faktor pertama ialah Faktor Penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil.

Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru ia lah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita .

Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah swt. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar .

يا ايها المزمل قم اليل إلا قليل نصفه او انقص منه قليلا
او زد عليه و رتل القرآن ترتيلا إنا سنلقى عليك قولا ثقيلا

Wahai orang yang sedang berselimut ! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil , Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.

Surah al Muzammil : 1 - 5

Faktor kedua ialah Faktor Membantu.

Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap factor - factor ini sekalipun ia hanyalah factor yang membantu . Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita .

Faktor ini dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh, organisasi dan jentera penggerak yang mantap anggota yang ramai, pengaruh yang lebar dan sebagainya.

Wallahua'lam...

Salam Maal Hijrah...


Salam ukhwah, buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ini... semoga anda dirahmati Allah selalu, insya'Allah... Seperti yang kita sedia maklum antara bulan-bulan yang diharamkan berperang di dlmnya. adalah >>> Zulqaedah, zulhijjah, muharam, rejab -bulan-bulan haram.

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Qs. At Taubah: 36)


Satu Muharam detik permulaan. muhasabah diri kembali. ku lihat, terlalu ramai golongan yg berilmu masih tidak beramal dgn ilmunya... kenapa yer? susah sangat ke nak beramal? jika nak kata mereka ni tak dop IMAN tak tepat, tapi lebih tepat ku katakan mereka ni kurang IMAN lah, pembaca setuju tak? jika setuju bagi komen dan pendapat yer...

mampu ke aku istiqamah? tepuk dada tanya IMAN anda yer;)...
doakan ku istiqamah dalam melaksanakan kerja ISLAM ni...

nak ikut tak jln dakwah? keputusan ada di tangan sendiri.
jika anda sayangkan ISLAM teruskan lah dengan perjuang anda tu...
jika tidak akan ada pengganti untuk anda laksanakan kerja ISLAM tersebut....




Wallahua'lam...

Rabu, 16 Disember 2009

TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS...


Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?
m
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
>>>semoga bermanfaat buat anda...

Kisah garam, gelas dan tasik:mehnah dan tribulasi dalam kehidupan

Semoga anda di lindungi Allah S.W.T dari segala malapetaka dan tabah menghadapi ujian dariNYA...


Sahabat-sahabatku yang di rahmati Allah sekalian.. Di sini ingin saya berkongsi sebuah kisah mengenai garam, gelas dan tasik..Kisah ini amat menarik untuk di kongsi bersama terutamanya kita sebagai pejuang di jalan Allah..

Sedang seorang murid termenung dengan mukanya yang muram, di sapa oleh gurunya. “mengapa muka mu muram wahai anak ku? Tidak cukupkah nikmat dimuka bumi Allah ini untuk kau mensyukurinya”. “sejak akhir-akhir ini, aku banyak di timpa dengan masalah, guru ku. Itu yang menyebabkan aku muram”.

“kamu pergi ambil dua genggam garam dan segelas air” kata gurunya. Lantas muridnya pun mengambil barang yang disuruh oleh gurunya dengan penuh kehairanan. “sekarang kamu campur segenggam garam ke gelas yang berisi dengan air dan kamu dikehendaki untuk meminumnya”. Kata gurunya lagi. Si anak murid pun buat apa yang disuruh oleh guru. Setelah ia meminumnya, anak muridnya pun memuntahkan semula.

Guru itu pun berkata kepada anak muridnya,”bagaimana rasanya, anakku?”. “Rasanya seperti amat masin guru ku,tekak ku terasa loya dan mual sekali” jawab anak muridnya. “sekarang ambil segenggam garam lagi, masukkan ia ke dalam tasik dan minumlah, apa rasanya?” kata gurunya lagi. Setelah meminumnya anak murid pun berkata,” terasa segar guruku dan sedap sekali”.

“begitulah dengan hidup kita, segenggam garam itu ibarat dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya. Ianya telah ditetapkan oleh oleh Allah. Tidak lebih atau kurang dan dugaan yang diberikan oleh Allah mampu diharungi oleh umatNya. Segelas cawan dan tasik tersebut adalah bandingan luasnya hati kita. Jika hati kita seluas segelas cawan tersebut, maka kita akan merasai ia sebagai penderitaan tetapi jika hati kita seluas tasik atau lebih besar daripadanya, kita akan merasainya sebagai kemanisan hidup. Oleh itu, bentuklah hati kita seluas tasik agar kita tabah menghadapi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan kita”, jelas gurunya.


Sebarang Komen bolehlah diberi yer...:)

Tak dop masalahnya jika menggunakan kedua-dua belah tanganmu itu...

Wallahua'lam...

Ahad, 13 Disember 2009

Walaupun sekejap tetapi....

Alhamdulillah setelah mengetahui keputusan praktikal ku lulus, dengan ini berakhirlah sudah pengajian ku sebagai seorang pelajar jurusan diploma dalam bidang sains komputer... dan kini ku harus merancang utk masa hadapan ku... nanti ku fikirkannya... agak bercelaru disini dalam membuat keputusan yang banyak dan sama pentingnya...

baru-baru ni ku balik ke kampung halamanku di batu pahat, kerana sudah sekian lama tidak menjenguk kedua-dua ibubapa ku. alhamdulillah mereka sihat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa...

dengan kesempatan itu, ku cuba menolong ayah ku, yang mana jika masa cuti semester yang lalu pada sabtu dan ahad ku pasti membantu ayah ku ke kebun sawitnya di muar... kerana itu sudah menjadi kewajipan ku untuk membantu mereka. dan ku sungguh gembira sekali, kerana dapat membantunya semalam, walaupun diriku agaak letih lah juga...

semalam ku ditugaskan untuk menanam anak pokok sawit, iaitu sebagai ganti kepada pokok yang sudah mati akibat diganggu khinzir, landak dan lain-lain... Alhamdulillah dapatlah juga ku tanam 7 anak pokok sawit tu...

pada petang tu, ayah ku mengajak mengail SnakeHead, iaitu salah satu ikan yg gemar utk ku menangkapinya. tetapi ayah ku membawa jalanya pula, dan selepas selesai solat asar dan pembacaan al-Ma'thurat, ku pun terus melangkah keluar dan mencapai alat memancing ku.

setelah sampai dilokasi, ku pun melontar umpan ku ke hujung hulu, sekian lama menunggu umpan, tetapi masih lagi tidak mengena pula, maklumlah kali ni hanya umpan palsu yang digunakan, selalunya ku menggunakan umpan katak yang betul, baru lah ada gaya ikan nak makan pun ada selera lah sikit kan...

tepat jam 5.20 ptg tu, ayahku tiba dengan jalanya dgn diikuti pakcikku dan adikku, mereka pun membentangkan jalanya, bagi memerangkap ikan itu, setelah semuanya sedia, ku, adikku dan pakcikku mengacau dan mengodak bagi menghalau ikan-ikan tu, apabila dilihat banyak jugalah ikan -ikan bertempiaran lari sehingga masuk ke "ruang" yang kami sediakan...

setelah itu, kami pun mengangkat jala tersebut ke atas darat, agak beratlah juga... alangkah terperanjatnya kimi kerana satu ekor ikan pun tak mengena, geramnya!!! rasa nak gigit jer jala tu... maklumlah jalanya ada yang dah terkoyak tu yang ikan lepaskan diri tu... huhu...

dengan sedikit kehampaan, kami pun bergegas pulang kerumah, setelah sampai dirumah nenek ku bertanya, min banyak dapat ikan??? ku pun menjawab banyak yang lepas nek... huhu...
dan pada malam tu berkemas-kemas untuk ku bergerak semula ke melaka subuh esok...

setelah menunaikan solat subuh ku pun sarap, padahal ku nak puasa sunat isnin ni, tapi mak ku dah menyediakan sarapan awal-awal pagi pula, setelah bersiap-siap dan bersalam-salaman, ku pun memanaskan enjin motor ku, sebagai langkah permulaan untuk ku bergerak sebentar lagi, ku pun terus memulas minyak bagi meneruskan perjalanan ku pada pagi tu...

ketika itu, ku baru teringat yang ku belum membaca al-Ma'thurat, sambil ku "ride" terkumat-kamit mulut ku membacanya... maklumlah sebagai keselamatan bagi diriku dan perjalananku nanti, akhirnya ku tiba di melaka tepat jam 08:03:47 pagi (fingertec)... alhamdulillah selamat sampai akhirnya dimelaka ini...

Rabu, 9 Disember 2009

Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager...

Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager telah tidak berfungsi.

Hal ini disebabkan oleh sejenis worm bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo! Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware terkini.

Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.

error

Virus/worm ini telah menyekat program tersebut dari dilaksanakan… (rvhost.exe, sohanad/yautoit, fujacks, bro-act dan sebagainya yang mengganggu setting)…
Adakah laptop atau PC anda dijangkiti RVHOST?


Buat beberapa ujian ringkas:
1. Tekan kekunci Ctrl + Alt secara serentak untuk membuka Task Manager. Paparan berikut akan muncul (Your Task manager has been disable by administrator). Sahih komputer/laptop anda telah terkena virus tu.

2. Buka My Computer > Tool > Pastikan ada Folder Options.

3. Klik start > run > taipkan msconfig dan tekan enter. Kalau msconfig tidak muncul, virus sudah menyekatnya.

4. Klik start > run > taipkan regedit dan tekan enter. Kalau dialog Registry Editor tidak muncul ertinya komputer/laptop anda telah terinfeksi dengan virus berkenaan.
Apa yang dibuat oleh worm ini?

Worm akan bersembunyi di dalam fail berikut:
%System%\RVHOST.exe

Worm akan mencipta folder baru dengan extension (new folder.exe):
%System%\new folder.exe

Worm akan mencipta tugasan berrikut di dalam Windows job e%Windir%\Tasks\At1.job

Worm akan mencipta fail registry berikut dan menjalankannya setiap kali windows dibuka.

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\”Shell” = “Explorer.exe ” RVHOST.exe”
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\”Yahoo Messengger” = “%System%\RVHOST.exe”

Seterusnya mencipta fail dalam registry dengan laluan berikut:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\WorkgroupCrawler\Shares\”shared” = “[SHARED DRIVE]\New Folder.exe”
Worm akan mengubahsuai registry entries untuk disable Task Manager dan Registry Editor:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\”DisableTaskMgr” = “1″
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\”DisableRegistryTools” = “1″

Worm juga mengubahsuai entri registry berikut:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer\”NofolderOptions” = “1″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Schedule\”AtTaskMaxHours” = “0″

Worm akan deletes registry berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\”Run” = “BkavFw”
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\”Run” = “IEProtection”

Cara-cara membuang worm.trojan RVHOST.EXE
Jangan risau… sekarang ni dah ada beberapa teknik untuk atasi masalah berkenaan…

1) gunakan tools ‘fix registry’… boleh di dapati dalam internet (revocerdatatools, majorgeeks)
2) jika anda jenis yang suka ‘godek’… tips dari trendmicro boleh membantu.

- Open Notepad.
- Copy and paste the following:

On Error Resume Next
Set shl = CreateObject(”WScript.Shell”)
Set fso = CreateObject(”scripting.FileSystemObject”)
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion
\Policies \System \DisableRegistryTools”
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion
\Policies \System \DisableTaskMgr”
shl.RegDelete

- Save this file as C: \RESTORE.VBS. (type ALL FILES)
- Click Start> Run, type C: \RESTORE.VBS, then press Enter.
- Click Yes at the prompt of the message box.

Selepas masalah ini dah ok… update antivirus atau cari antivirus paling latest yang boleh mengatasi serangan virus tersebut.
Selain daripada tools dan teknik ini… masih ada petua untuk menjaga pc kita dari serangan virus… walaupun orang kata mencegah lebih baik daripada mengubat… tapi dalam dunia IT tak jadi punya… sebab virus/worm/trojan/treats ni akan datang dulu… ini bisnes maaaaa…..

Ada 3 perkara yang perlu ada di dalam pc kita sebelum kita bergelumang dengan dunia internet…

1) antivirus (sebarang yg latest, saya cadangkan Kaspersky, panda, Sophos, AVG)
2) antispybots (Spybots : Search and Destroy)
3) antispyware (Spywareblaster)

Ahad, 6 Disember 2009

Salah satu xtvt kegemaranku ialah...



Pada kebiasaannya, selepas tamat paper dan program dikampus, ku akan balik terus ke kampung halamanku (tempat kehiranku) di Batu Pahat, Johor...

Tapi kali ni, agak penuh jadualku dengan aktiviti di Melaka ni...

Maklumlah dah janji dgn member nak amik SKP*(Skim Khidmat Pelajar) kat unit IT ni...
-nak update system, maintenance pc, dan khidmat yg lain-lain...

Dan masa cuti tu ku akan menyediakan kelengkapan peralatan memancingku, bagi membersihkan yg sekian lama tidak terusik, maklumlah dah lama sangat duk kat kampus tu...

Dah dapat tangkap ke pembaca-pembaca sekalian apa aktiviti kegemaranku???

jika nak tahu, jom lihat gambar dibawah, huhu...

jgn terperanjat pula!!!

mcm mana ada berani???
ke tengok sikit dah geli, huhu...

itu lah dia, hasil tangkapan yang tak seberapa, tapi alhamdulillah dapat juga habuannya kan...

jika nak tahu, setiap sesuatu yang diciptakanNYA pasti ada khasiatnya tersendiri...

Di antara khasiatnya adalah seperti berikut:-

1. Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.

2. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.

3. Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

5. Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan. Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.

6. Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

byk lagi khasiatnya... jika nak tahu cubalah cari menggunakan kebijaksanaan anda sendiri...

terlupa pula nak bagitahu umpan apa yg digunakan, nanti tak dapatlah si pembaca ni nak memancing pula, huhu...

kebiasaannya, ku akan menggunakan umpan katak, ni bukan katak tiruan tau, tapi katak yg hidup...

barulah ada kepuasaan nak memancing, ikan pun ada selera nak makan. Mengikut harga pasaran, biasa beli Seringgit 4 ekor... jika dapat murah nanti bagi tahu yer...

kat sini, akan ku bagi juga info katak-katak yg ada kat dunia ni...
tak tahu lah jika si pembaca nak tambah info selainnya...

10 Katak Paling Aneh Di Dunia!!katak

Di dunia ini ada katak-katak yang aneh, dari bentuk-bentuknya juga,cuba lihat sambil memuji kebesaran Allah s.w.t...


1. Katak Pelangi
Katak Pelangi Malagasy adalah katak yang tinggal di hutan kering berbatu Madagaskar's Isalo Massif, di mana ia berkembang biak di kolam dangkal sementara yang ditemukan di lembah. Jenis ini juga beradaptasi dengan mendaki dalam lingkungan berbatu-batu, dan bahkan pada permukaan vertikal! Ketika terancam, katak ini akan mengembangkan diri sebagai mekanisme
pertahanan terhadap predator.




2. Katak Transparan
Hyalinobatrachium pellucidum, juga disebut sebagai katak kaca atau kristal karena sobat dapat melihat melalui dagingnya yang transparan. Jenis ini tidak baru, tapi yang pasti terancam punah, sehingga Temuan ini menggembirakan bagi lingkungan.





3. Katak Atelopus
Katak Atelopus yang dikenal dengan banyak nama seperti katak badut atau Kosta Rika Variable Harlequin Toad. Katak, tersebut adalah jenis katak neo-tropis yang dulunya hidup cukup luas tersebar di seluruh Kosta Rika dan Panama. Spesies ini terancam kritis dan sekarang hanya tinggal sedikit terutama tersisa hanya di Panama.




4. Katak Terkecil Di dunia
Katak ini ditemukan di Pegunungan Andes Peru selatan, dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas permukaan laut.




5. Katak Terbesar Di dunia
Katak Goliath atau Conraua goliath adalah spesies katak terbesar yang tersisa di Bumi. Katak ini dapat tumbuh hingga 13 inci (33 cm) panjang dari moncong hingga ekor, dan bobot hingga 8 lb (3 kg). Katak ini memiliki kisaran habitat yang relatif kecil, terutama di Afrika Barat (dekat Gabon). Katak Goliath dapat hidup sampai 15 tahun. Katak goliath makan kalajengking, serangga dan katak kecil. Kodok ini memiliki pendengaran tajam tetapi tidak punya kantung vokal.





6. Katak Mantel Merah
memiliki Mantel Merah oranye / merah di permukaan dorsal/tubuh. Katak kecil ini, mencapai ukuran 2,5 cm (1 in) panjangnya. Ukuran ini adalah kecil, katak ini merupakan katak darat asli Madagaskar.




7. Katak Beracun
Katak beracun dengan warna seperti biru safir, adalah nama umum dari sekelompok katak dalam keluarga Dendrobatidae yang merupakan katak asli Amerika Tengah dan Selatan. Tidak seperti kebanyakan katak, spesies yang aktif di siang hari, dan sering menunjukkan tubuh berwarna cerah. Walaupun semua dendrobatids setidaknya agak beracun di alam liar, tingkat toksisitas bervariasi dari satu spesies ke berikutnya, dan dari satu populasi yang lain. Banyak spesies yang kritis dan terancam punah. Amfibi ini sering disebut "katak panah" oleh pribumi indian akibat penggunaan sekresi beracun mereka untuk meracuni ujung panahnya.




8. Katak Bantal
Katak bantal dapat tumbuh hingga enam inci panjang dan mendiami Uruguay, Brasil, dan Argentina utara. Walaupun mungkin terlihat seperti bantalan diam, namun katak itu cepat dalam menyerang kadal, tikus kecil, burung, katak lain.




9. Katak Darwin
katak Darwin chili cukup teratur muncul hingga sekitar tahun 1978, namun tidak tampak lagi dan hal itu tampaknya telah hilang, dan sekarang mungkin spesies punah. Spesies ini, yang hidup di daun sampah di lantai hutan, memiliki metode yang tidak biasa dalam hal pengasuhan anak-anaknya, jantan mengambil telur dari sarang ke vokalnya kantung tempat mereka menetas menjadi kecebong setelah sekitar delapan hari. Ketika mulai merasakan kecebong yang baru menetas menggeliat-geliat, katak jantan membawa mereka ke sungai di mana ia melepas katak muda dan di sini mereka menyelesaikan metamorfosisnya.



10. Katak Vietnam
Theloderma corticale, atau katak berlumut Vietnam, adalah spesies katak dalam keluarga Rhacophoridae. Katak ini ditemukan di Vietnam dan mungkin Cina. Habitat alamnya subtropis atau hutan dataran rendah tropis yang lembab, hidup dalam air tawar, dan daerah berbatu. Nama umum dari katak berlumut timbul dari kenyataan bahwa kulit yang berbintik-bintik hijau dan hitam yang menyerupai lumut tumbuh di batu, dan bentuk yang efektif kamuflase atau penyamaran.



Ahad, 29 November 2009

Senarai buku - buku haraki bagi gerakan Islam kampus...



1.0 Usrah : My Family

1.1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin
1.2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna
1.3 Teks Usrah : Idris Ahmad
1.4 Risalah Usrah : Abu Urwah
1.5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim
1.6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin
1.7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti

2.0 Hakikat Tauhid
2.1 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi
2.2 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang
2.3 Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor
2.4 Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq
2.5 Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
2.6 Tauhid dan Makna Syahadatain
2.7 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed
2.8 Syahadatul Haq: Abu a’la al –Maududi

3.0 Islam sebagai cara hidup : Muslim 24 jam
3.1 Asas – asas Islam : Abu a’la al –Maududi
3.2 Dasar – Dasar Islam : Abu a’la al –Maududi
3.3 Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah : Dr. Yusof Qardawi
3.4 Masa Depan Islam : Dr. Abdullah Azzam
3.5 Konsep – konsep Umum Islam : Abu Urwah
3.6 Salah Faham Terhadap Islam : Syed Qutb
3.7 Beberapa studi Tentang Islam : Syed Qutb
3.8 Apa Ertinya Anda Seorang Muslim : Abu a’la al –Maududi
3.9 Apa Erti saya Menganut Agama Islam : Fathi Yakan
3.10 Cara Hidup Islam : Abu a’la al –Maududi
3.11 Islam dan Jahiliyah : Abu a’la al –Maududi
3.12 Islam Yang Mesti Difahami : Ali at-Thontowi
3.13 Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Tg Hj. Abd. Hadi Awang
3.14 Islam Kesejahteraan Untuk Seluruh Manusia : Syed Qutb
3.15 Bagaimana kita Menyeru kepada Islam : Fathi Yakan

4.0 Konsep Ibadah dalam Islam
4.1 Bimbingan Mukminin : Imam al – Ghazali
4.2 Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan : Dr. Yusof Qardawi

5.0 Akhlak dalam Islam
5.1 Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah : Abu a’la al –Maududi
5.2 Akhlak Dan Kaunseling Islam : Mohd Nasir Omar
5.3 Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan : Said Hawa
5.4 Keperibadian Muslim : Mohd Ali Hashimi
5.5 Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah : Dr. Rokiah Ahmad

6.0 Ukhuwah Persaudaraan Islam
6.1 Virus – virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir
6.2 Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan.

7.0 Tasawur Tarbiyah
7.1 Tarbiyah Islam & Madrasah al – Banna : Dr. Yusof Qardawi
7.2 Risalah Ta’lim : Imam Hassan al – Banna
7.3 Manhaj Daurah Tadribiyah

8.0 Dakwah Islamiah
8.1 Islam dan Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan
8.2 Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.3 Islam Dakwah yang syumul : Dr. Yusuf Qardawi
8.4 Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah : Ust. Fahrul Irfan Ishak
8.5 Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.6 Dakwah Fardiah : Mustafa Masyhur
8.7 Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah : Fathi Yakan
8.8 Fiqh Dakwah Dalam al – Quran : Muhammad hanif Hassan
8.9 Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan
8.10 Golongan yang tercicir di Jalan Dakwah : Fathi Yakan
8.11 Beberapa Peringatan untuk Para Daie : Fathi Yakan
8.12 Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim : Mohammad Nizam Abd. Kadir
8.13 Bagaimana Menyentuh Hati : Abbas as - Siisi

9.0 Amar makruf Nahi Mungkar
9.1 Iman dan Harakah ( Ghulam Dakwah ) : Hisyam Soqr

10.0 Amal Jamaie dan amal Ijtimaie
10.1 Amal Jamai Gerakan Bersama : Mustafa Masyhur
10.2 Amal Jamaie : Pengertian & Tuntutan : Yahya Othman

11.0 Pengenalan Jamaah Islamiah
11.1 Tasawur Asasi Gerakan Islam : Fathi Yakan
11.2 Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami : Said Hawa
11.3 Keutamaan Harakah Islamiah dalam Menghadapi Cabaran Mendatang : Dr. Yusof Qardawi


Isnin, 23 November 2009

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan...

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing2 masih belajar di sebuah kampus di Lembah kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah yang tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan keluarga masing2. Maka bermulalah dialog tersebut…….

Azman : apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku(bisik hati kecilnya)

Syaitan : apa kau nak fikirkan lagi mesej la tanya khabar, kalau x pun call terus, boleh dengar suara….

Azman : aaah….. aku x akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : tapi kau dah bertunang, x salah la kalau kau mesej atau call dia, dia dah jadi milik kau.

Azman : tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang diberkati Ilahi.

Syaitan : alah! X salah kalau tanya khabar je.. kau x rindu dia ke?

Azman : ai…tipula kalau x rindu…

Syaitan: habis tu mesej la dia

Azman kebingungan………………..

Aisyah : kenapa yer rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata2)

Syaitan : mesti kau rindukan Azman ni, kau kan tunang dia.

Aisyah : betul la, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : kau mesej la kat dia, tanya khabar..

Aisyah : mana boleh aku dah janji dengan dia x akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah..

Syaitan : alah! Apa la sangat dengan janji tu, mesej je la

Aisyah : betul jgk tu, mesej je kan bukan apa2 pun

Syaitan : bagus3

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba2 dia teringat pesanan ustaz Razali(pensyarah yang menjadi mentoonya), katanya: “ sesungguhnya berhati2 lah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum nabi adam. Tersentak dengan kata2 tersebut maka Aisyah mengucap panjang…..astaghfirullah x3

Azman : apa yang perlu aku lakukan ni???

Syaitan : kan aku dah bagitau tadi, mesej je la…….

Azman : tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. aku kena yakin dengan janji Allah, “perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha……….

Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah


Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

Kisah Ka’ab bin Malik contoh teladan bagi ahli gerakan Islam...

Nama sebenar Ka’ab ialah ‘Amr bin Al Qain bin Ka’ab bin Sawaad bin Ghanm bin Ka’ab bin Salamah. Pada masa jahiliyah, beliau dikenali dengan gelaran Abu Basyir. Merupakan salah seorang sahabat Nabi yang mendapat anugerah Allah berupa kebolehan dalam bersyair dan berjidal. Syair-syairnya banyak bertemakan peperangan.

Kemampuan sebagai penyair ini, menyebabkan beliau mendapat tempat khas di sisi Nabi, selain dua sahabat yang lain, iaitu Hassan bin Tsabit dan Abdullah bin Rawahah.

Ka’ab bin Malik juga merupakan pemuka sahabat dari kalangan Ansor yang berasal dari suku Khazraj

Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk yang berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 orang mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh baginda Nabi Muhammad SAW sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur.

Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasululllah SAW tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. ( at- Taubah :18 )

Terdapat juga sekumpulan yang betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah:

Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( at-Taubah : 91 )

Ka’ab serta 2 orang lagi mukmin iaitu Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi telah dihukum boikot oleh Allah SWT sehingga Allah SWT menerima taubat mereka pada waktu subuh selepas berlalunya malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1. Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.
2. Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.
3. Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.
4. Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan unsur - unsur penting yang perlu diteladani oleh ahli gerakan Islam dari sudut Fiqh Dakwah berdasarkan kisah Ka’ab tersebut.

1. Kenapa Ka’ab dihukum?

Ekspedisi Perang Tabuk berakhir tanpa ada satu pun pertempuran tetapi Ka’ab tetap juga dihukum. Ada yang berpandangan kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.

Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Bai’ah berjihad dengan Allah

Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah. Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa ada alasan semasa kempen Perang Tabuk. Satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar ( at-Taubah :111 )

3. Pengorbanan pada masa paling rumit

Keadaan Madinah pada ketika baginda Nabi Muhammad SAW melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi.

Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?

4. Ka’ab buta di hujung hayatnya

Di hujung usia Ka’ab,beliau menerima ujian dengan menghidapi penyakit buta. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan

Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.

6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar

Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia.

Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya

Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dalam kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya

Jangan amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat.

Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana program.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan

Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan

Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu.

Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.

11. Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’.

Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar

Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihat

Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk.

Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu.

Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.

15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan

Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot.

Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya.

Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka’ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang da'ie sehingga Allah menyelamatkannya

Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.

18. Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab untuk memberitahunya.

Ka’ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima

Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.

20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah

Jangan berasa selesa atau cukup setelah terlaksana sesuatu misi dan objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.

Muhasabah: Tarbiyyah Rohani, tarbiyyah yang sering dilupai

Al- Fadhil Ustaz Mokhtar Senik

KETIKA BERDIRI DIHADAPAN CERMIN, LIHAT LAH KEKURANGAN DIRI JANGAN DILIHAT KELEBIHANNYA

Dalam rancak kita berbicara soal-soal tarbiyyah. Sering kita fokuskan kepada pembentukan fikrah, wala', sifat-sifat jundi dan qiady yang dikehendaki oleh jamaah dan beberapa perkara yang berkaitan dengan adab-adab berjamaah. Sering kali kita lupa kepada tanggungjawab membentuk fikrah rohani.

Saya tidak maksudkan tarbiyyah rohani disini ialah mendidik ahli jamaah tekun menunaikan ibadah, atau giat berqiamullail dan berma'thurat setiap hari. Namun apa yang saya maksudkan disini ialah "berfikir secara rohani". Berfikir secara rohani akan mengukuhkan lagi sifat-sifat kerohanian sehingga menyerlahkan hakikat sebenar sifat "mahmudah" yang diimpikan oleh semua hamba yang sejati. Apakah bentuk "berfikir secara rohani" yang diperlukan oleh anggota jamaah?.

1.) Memahami hakikat kerja dalam jamaah.

Kita perlu diasuh untuk memahami ruh sebenar segala kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini. Apabila kita mengatakan berjamaah adalah wajib ( menurut usul fiqh, bagi mencapai maksud dakwah yang sebenar) bermakna segala kerja yang kita lakukan dalam jamaah ini adalah "ibadah". Apabila kerja dan pengelibatan itu ibadah, maka hendaklah kita faham bahawa;

a). Ibadah hendaklah dengan niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala.

Sebagaimana solah, puasa, haji dan ibadah-ibadah khususiyyah yang lain menetapkan adanya niat kerana Allah, maka begitulah juga apa jua kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini.Objektif utama kita ialah mencari keredhaan Allah. Ada sahabat bertanya kepada saya, kalau begitu mengapa dalam perjuangan ini kita harapkan kemenangan dan kuasa. Memang benar. Kita memang mengharapkan Kemenangan dan kuasa.

Tujuannya ialah untuk menegakkan khilafah Allah di mukabumi ini, bagi mencari keredhaan Allah. Justeru itulah kita Iltizam dengan matlamat "negara Islam". Jika perjuangan ini bukan kearah matlamat menegakkan "daulah Islamiyyah" yang terlaksana di dalamnya syariat Allah, maka kerja-kerja kita kearah meraih kemenangan itu tidak lagi "ibadah". Apabila kerja-kerja dalam jamaah ini sudah tidak lagi berwajah ibadah maka sendi-sendi perjuangan ini akan lumpuh disegenap peringkat.

Apabila kerja dalam jamaah ini bukan Ibadah, maka sudah tentu kita lakukannya untuk wang, atau pangkat atau bagi mencapai kepuasan nafsu. Sedangkan kita telah saksikan perjuangan yang bermatlamatkan wang akhirnya hancur kerana rasuah telah menjalar sehingga ketulang sulbi parti mereka. Jika dilakukan kerja jamaah kerana pangkat semata-mata maka telah kita saksikan perebutan jawatan yang sedang berlaku dalam sebuah parti di negara kita. Sehingga terhapusnya wajah dan sikap manusia bertamaddun saat pemilihan parti mereka. Perbalahan berlaku dimana-mana.

b). Ibadah hendaklah bersesuaian dengan sunnah Rasul.

Sesuatu amalan itu tidak dinamakan Ibadah jika berlawanan dengan sunnah Rasulullah saw. Justeru itu kita hendaklah sentiasa menjaga nilai-nilai sunnah dalam melaksanakan apa jua urusan dalam jamaah. Kita sememangnya dituntut berusaha untuk mendapatkan simpati, undi dan sokongan serta penyertaan ummat umum.

Namun usaha-usaha kearah itu tidak boleh dibuat secara terpinggir dari suluhan sirah Rasulullah saw. Jangan sekali-kali bersikap "asalkan menang, lakukan lah apa cara sekalipun atau yang penting kita menang dulu, selepas itu baru kita fikir tentang melaksanakan syariat Islam". Cuba kita lihat kembali bagaimana Rasulullah membentuk generasi dua'at yang pertama dalam sejarah perjuangan Islam.

Ada suara-suara yang berkata; "cara itu lambat menang". Lalu cuba tunjukkan kepada saya di Malaysia ini mana dia jamaah yang telah berjaya mencapai kemenangan mendahului Pas?.

c). Ibadah hendak dipelihara daripada perkara-perkara yang membatalkannya.

Setiap ibadah hendaklah terhindar daripada perkara-perkara yang membatalkannya. Solah tidak boleh diteruskan apabila wudhu' telah terbatal. Begitu juga dengan kerja-kerja jamaah ini. Jangan kita laksanakan kerja-kerja jamaah bersamaan dengan kita melakukan perkara-perkara yang haram. Mungkinkah kita mengharapkan pertolongan Allah dalam keadaan kita mendurhakai Allah?.

d). Ibadah menuntut sifat khyusuk dalam melakukannya.

Khyusuk umumnya bermakna sentiasa ingat pertemuan mereka dengan Allah dan yakin bahawa segala amalan mereka akan dibawa kembali kepada Allah. Khuyusuk,khususnya dalam solah bermakna berta'ammul ( memerhati dan menghayati) setiap bacaannya sepanjang solah. Bagitulah hakikatnya kerja kita dalam jamaah ini. Semua yang kita lakukan ( samada peringkat atasan jamaah atau bawahan) pastinya akan dibawa kehadapan Allah swt di Akhirat. Kita seharusnya menghayati perjuangan ini dengan sebenar-benar penghayatan. Keujudan kita (pas) bukan sekadar untuk memenuhi ruang kosong dalam politik di Malaysia. Kita ada tugas yang besar, tugas yang kita warisi dari Rasulullah saw, iaitu membangunkan kalimah tauhid sehingga meratai setiap inci bumi Allah ini.

e). Ibadah hendaklah dilaksanakan terus menerus tanpa jemu.

Ibadah adalah lambang pengabdian diri kepada Allah. Justeru itu kita tidak boleh jemu beribadah. Jemukah kita menjadi hamba Allah?. Sebagaimana kita tidak boleh merasa jemu menjadi hamba kepada Allah, kerana hakikatnya kita mengharapkan Allah setiap saat, maka begitu jugalah kita tidak boleh jemu beribadah kepadanya. sumbangan kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini adalah sebahagian daripada ibadah itu.

f). Ibadah tidak dihalangi oleh susah atau senang dan apa jua rintangan.

Ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah akan terus dilaksanakan walau apapun keadaannya. Solah umpamanya. Tiada keadaan yang boleh menghalagi kewajipan solah kecuali gila dan mati. Hatta saat di medan peperangan pun solah masih perlu dilaksanakan. Itulah juga tanggungjawab kita dalam jamaah ini.

Apakah saat mencapai kemenangan kita bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja jamaah, manakala saat ditimpa kekalahan kita berundur diri daripadanya?. Saat diberi jawatan kita aktif mengisi program jamaah, apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan kita terus berundur dari memberi sumbangan. Bukankah Allah mengajar kita, berilah infaq di jalan Allah samaada dalam keadaan senang ataupun susah.

JANGAN TERLALU KERAP MEMBICARAKAN DIRI MU KELAK AKAN HILANG ALLAH DARI PANDANGAN MU

2. Memahami hakikat perhambaan kepada Allah.

Walau dimana pun posisi kita dalam jamaah ini, kita secara umumnya adalah "hamba kepada Allah". Samaada kita yang berada dikerusi kepimpinan atau sekadar 'Amilin diperingkat bawahan. Semua kita wajib berfikir sebagai "hamba". Membentuk acuan berfikir sebagai hamba akan menjadikan kita;

a). Sentiasa berkhidmat kepada jamaah tanpa banyak soal.

Sifat seorang hamba ialah akan sentiasa patuh dengan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh "Tuannya". Hamba tidak pernah bertanya apakah habuan yang bakal diterima sebagai ganjaran atas khidmatnya kepada Tuannya. Hamba sudah cukup berpuas hati dan bersyukur jika dapat berkhidmat kepada Tuannya sekalipun tidak dijanjikan apa-apa ganjaran.

Jika sifat sedardiri ini berjaya ditarbiyyah keatas seorang 'amilin dan petugas dalam jamaah, kita akan dapat saksikan pribadi tawadhuk yang cukup setia dengan arahan yang diberikan oleh jamaah. Kita tidak seharusnya berfikir apa akan Allah berikan atas jihad dan kerja-kerja jamaah yang telah kita lakukan. Kita lakukan tugasan ini kerana kita hamba kepada Allah. Takdir kata Allah tidak menjanjikan apa-apa janji kemenangan kepada perjuangan ini, kita masih tetap dituntut bekerja tanpa soal. Inikan pula bila Allah dalam banyak ayat-ayatNya menjanjikan kemenangan dan pertolongan atas perjuangan hambaNya.

Kita sebenarnya tidak layak bertanya bilakah kemenangan dan kejayaan akan diberi jika sekalipun kita telah mengerahkan seluruh tenaga dalam perjuangan ini. Inikan pula masih terlalu sedikit sumbangan yang kita berikan, masih terlalu sedikit masa yang kita peruntukkan untuk jamaah dan masih jarang benar doa kita untuk kejayaan jamaah.

b). Sentiasa beradab dengan adab hamba.

Adab hamba ialah rendah diri, banyak bekerja dari bertanya, lebih banyak berfikir apakah khidmatnya kepada Tuannya berbanding apakah anugerah Tuannya kepadanya dan setiap saat ia menjaga adab-adab perhambaan. Fikrah ini jika dimiliki oleh para 'amilin dalam jamaah, mereka akan sentiasa dihiasi dengan sifat-siafat mahmuudah. Akhlak yang dihiasi dengan sifat tawadhuk yang akan menjadikan ia sentiasa dicintai oleh Allah dan kawan serta disegani oleh lawan. Perasaan perhambaan itu akan sentiasa menjadi penasihat kepadanya, jika ia hampir tergelincir dari landasan jamaah. Ia tidak akan lari dari jamaah walau apa pun sebabnya, sebagaimana ia tidak sanggup untuk menjadi hamba yang lari dari Tuannya.

c). Sentiasa merasai kehadiran Allah dalam hidupnya.

Orang yang diasuh dengan "berfikir secara rohani" akan sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap sudut dan penjuru hidupnya. Allah sentiasa hadir samaada saat ia bersendiri atau dikhalayak umum. Mereka tidak akan menjadi ahli jamaah yang hipokrit. Apa pun situasi yang dihadapinya ia tetap menyantuni Allah. Allah tetap bersamanya. Justeru itu ia tidak merasa gelisah dengan berlikunya jalan perjuangan yang dilalui. Jiwanya sentiasa segar dengan pengharapan dan keyakinan bahawa Allah tiadak akan pernah membiarkan dan mengabaikannya. Hasil kerja jamaah yang datang dari 'amilin yang sentiasa yakin dengan pertolongan Allah tidak sama dengan hasil kerja 'amilin yang dilonjak dengan pujian dan sanjungan.

d). Menghargai apa jua yang datang dari Allah.

Seorang hamba merasa sangat gembira jika dihadiahkan sesuatu oleh tuannya. Bukan nilai hadiah itu yang dilihatnya tetapi dari siapa hadiah itu datang. Justeru itu anggota jamaah yang diasuh dengan kesedaran ini sangat menghargai apa jua kedudukannya dalam jamaah. Jika Allah menganugerahkannya posisi ahli biasa, maka ia sangat bersyukur kerana itulah pilihan Allah untuknya. Ia tidak pernah merasa kecewa dengan pilihan Allah. Jika Allah menganugerahkan posisi kepimpinan untuknya, maka ia bersyukur dan akan menjaga anugerah itu dengan penuh amanah. Ia yakin, apa pun pilihan Allah pastinya itulah pilihan yang paling baik untuk dunia dan akhiratnya. Kerana Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Jika Allah menganugerahkan kemenangan, maka itu adalah kemanisan yang harus disyukuri. Jika Allah mentakdirkan kekalahan, maka itu adalah ujian yang perlu diredhai.


ORANG YANG DIPERANGI ALLAH TIDAK LAYAK MENDAPAT KEMENANGAN DARI ALLAH.

3. Berfikir secara rohani dan melihat sesuatu dari sudut hakikatnya.

Apa yang berlaku dalam dunia dan kehidupan ini ada hakikatnya. Tetapi "hakikat" itu sering terlindung oleh hijab kejahilan dan nafsu. Berkata Imam Al-Ghazali;

" Orang yang tidak sampai pemikirannya kepada "hakikat" sesuatu, tidak akan merasa kasih dengan sebenar-benar kasih dan tidak akan merasa benci dengan sebenar-benar benci".

Hassan Al-Basri berkata;

" Hamba yang ilmunya tidak sampai kepada "hakikat" sesuatu, mungkin akan kasih apa yang patut ia benci, dan mungkin benci apa yang patut ia kasih".

Melihat kepada kenyataan kedua-dua orang tokoh sufi yang terkenal ini, tentunya menggamit keinginan untuk kita ketahui apakah hakikat suatu yang patut kita fahami dan apa kebaikkannya untuk dakwah dan jamaah. Untuk itu marilah kita lihat betapa berhajatnya jamaah kepada penghayatan "fikrah Rohani" itu.

a). Memahami hakikat "suruh" dan "larang".

'Amilin yang berfikir secara rohani, menyedari hakikat Suruhan Allah dan larangan Allah. Suruhan dan larangan Allah tidak dilihat dari sudut "untung dan rugi", tidak dilihat dari sudut "baik dan buruk", dan tidak dilihat dari sudut "duniawi". Bila Allah menuntut ia berjuang, maka ia akan terus berjuang. Suruhan itu dilihat pada hakikatnya, iaitu datang dari Allah. Tuhan Yang diyakininya Maha Bijaksana dan Pengasih.

Sekalipun zahirnya kelihatan suruhan Allah itu menyusahkannya, namun kerana Yang memerintahkan itu ialah Allah, maka ia yakin Allah tidak akan menyuruh kepada suatu yang merugikannya atau membahayakannya. Mungkin pada zahirnya apa yang dilarang oleh Allah itu kelihatan merugikannya, namun ia yakin hakikat larangan Allah tetap kemudharatan. Allah tidak akan menyuruh kecuali suatu itu mendatangkan kebaikan dan tidak akan melarang kecuali suatu itu mendatangkan kemudharatan. Firman Allah yang bermaksud;

"Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.-Al-Baqarah 216.

Tetapi ramai orang yang tidak melihat kepada hakikat sebenar "suruh dan larang" Allah. Sehingga intima' nya dengan jamaah hanya ditujangi oleh kepentingan dunia semata-mata. Ia bersama jamaah kerana dilihatnya disana ada peluang-peluang kebaikan untuk dirinya. Kemudian ditinggalkannya jamaah apabila dilihat merisikokan kerjaya dan kepentingannya.

Begitu juga dengan apa yang dilarang oleh Allah tidak dilihat kepada hakikatnya. Sehingga kadang-kadang ia kasih dan gemar kepada apa yang dibenci oleh Allah. Cuba kita lihat, betapa ramai anggota jamaah yang berada dalam saff Pendakwah dan 'Amilin yang masih bergelumang dengan sistem "Riba". Sedangkan Allah mengistiharkan perang terhadap orang yang masih beramal dengan Riba setelah ia tahu riba itu dilarang oleh Allah. Orang yang diperangi oleh Allah bermakna "musuh Allah". Tetapi oleh kerana gagal memahami hakikat larangan Allah, mereka masih berdoa dan bersolah hajat memohon kemenangan daripada Allah. "Mungkinkah Allah menolong musuhNya"?.

b). Memahami hakikat "mazmumah".

Mazmumah adalah sifat yang tercela. Seperti hasad dengki, ria, takabbur dan hubbu Dunia. Para du'at dan 'Amilin dalam jamaah ini diasuh menjauhinya. Namun kecelaan sifat-sifat tersebut tidak dapat dilihat benar-benar menjijikkan jika tidak dilihat dari sudut hakikatnya. "Sombong" umpamanya.Orang yang sombong hakikatnya manusia yang melupai Allah (bukan sahaja sombong kepada manusia).

Pertama kerana "sombong" adalah sifat Allah. Apakah hendak dirampasnya sifat Allah lalu dipakaikan kepada dirinya?. Berapa orang "Allah" sebenarnya dalam dunia ini?.

Kedua, orang yang sombong adalah manusia yang paling "tidak merasa malu" kepada Allah. Bukankah hakikatnya segala yang kita miliki ini, samada nyawa, ilmu, kekayaan, pangkat, jawatan, harta dan segala-galanya adalah pinjaman dari Allah?. Lalu mengapa sanggup untuk ia merasa sombong dihadapan Allah dengan apa yang ada padanya?.

Contoh yang kedua ialah Hasad dengki. Bukankah telah diyakini bahawa setiap yang berlaku ini adalah takdir dan ketentuan Allah. Allah lah yang memutuskan untuk memberikan suatu kepada seseorang dan menarik kembali sesuatu dari seorang yang lain.

Apabila seseorang itu hasad atas kelebihan seseorang yang lain, bermakna ia tidak bersetuju dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Allah. Apabila dilihat hakikatnya, akan kelihatanlah betapa jijiknya sifat dengki tersebut.Melihat sesuatu sehingga kepada hakikatnya akan mejauhkan seseorang itu dari segala sifat mazmumah selama-lamanya.

3. Memahami hakikat Dakwah dan Jihad.

Dakwah dan jihad bermakna mengajak manusia kembali kepada Allah. Mengajak mereka membuang segala keberhalaan dan syirik. Pendakwah bermakna manusia yang berkempen untuk Allah. Kempen agar musuh-musuh Allah (syirik) dikalahkan buat selama-lamanya, dan mukabumi ini bersih daripada kesyirikan terhadap Allah. Justeru itu mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah adalah lebih utama daripada sekadar mengajak mereka memberikan undi kepada jamaah. Ini tidak bermakna kita tidak memerlukan undi orang-orang yang bukan Islam. Apa pun jenis tugasan dalam jamaah semuanya adalah dakwah kepada Allah.

4. Sentiasa "melihat" Allah sehingga lupa terhadap dirinya.

Saya tidak maksudkan "lupa terhadap diri" itu bermakna "fana", yang sering dibincangkan dalam pengajian tasawwuf. Tetapi yang saya maksudkan ialah lupa untuk memikirkan dan membicarakan kelebihan dirinya, kerana sibuk membicarakan kesempurnaan zat,sifat dan af'al Allah. Jika dirinya mempunyai kelebihan, tidak dirasakan kelebihan itu miliknya sehingga lidahnya sentiasa menyebut berkenaan dirinya.

Apa yang sering disebutnya ialah kelebihan dan kesempurnaan Allah. Jika ia berta'aruf, maka ta'aruf itu sekadar untuk dikenali bukan untuk dikagumi orang. Di awal-awal Harakah diterbitkan dahulu, ada penulis yang menggunakan nama pena "renungan tajam". Mungkin pekara tersebut kelihatan kecil, namun hati hendaklah di jaga, agar jangan merasakan tulisan kita sahaja yang tajam, tulisan yang lain tidak tajam atau kurang tajam.

Ada juga yang menulis; " sebagai seorang mujahid dalam jamaah saya tidak punya banyak masa bersama keluarga...". Mengapa harus kita yang menggelarkan diri kita "mujahid"?. walaupun kita benar-benar berharap Allah mengangkat kita sebagai mujahid dijalanNya. Namun gelaran itu biarlah orang lain yang menyebutnya untuk kita. Atau ada juga yang menulis; " dalam hal dakwah ini saya memang "rajin". Mengapa kita perlu menghakimkan diri kita?. Biarlah orang lain yang menilai kita rajin atau pun tidak.

Orang yang sentiasa bertawajjuh kepada Allah, akan lupa untuk membicarakan siapa dirinya, bagaimana ia dalam jamaah ini, rajinkah ia atau mujahidkah ia.. Imam Ibnu 'Atho' Llah berpesan;

"Jangan terlalu kerap membicarakan dirimu kelak akan hilang Allah dari Pandangan mu".

Seorang Ahli sufi berkata;

"Aku tidur sepanjang malam,kemudian aku bangun dengan menyesal ( kerana terlepas solah tahajjud) ..( lalu penyesalan itu ) lebih aku kasih berbanding jika aku berdiri sepanjang malam (kerana beribadah) kemudian keesokannya aku bangun dengan rasa ujub."

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan