Ahad, 29 November 2009

Senarai buku - buku haraki bagi gerakan Islam kampus...



1.0 Usrah : My Family

1.1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin
1.2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna
1.3 Teks Usrah : Idris Ahmad
1.4 Risalah Usrah : Abu Urwah
1.5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim
1.6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin
1.7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti

2.0 Hakikat Tauhid
2.1 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi
2.2 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang
2.3 Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor
2.4 Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq
2.5 Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
2.6 Tauhid dan Makna Syahadatain
2.7 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed
2.8 Syahadatul Haq: Abu a’la al –Maududi

3.0 Islam sebagai cara hidup : Muslim 24 jam
3.1 Asas – asas Islam : Abu a’la al –Maududi
3.2 Dasar – Dasar Islam : Abu a’la al –Maududi
3.3 Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah : Dr. Yusof Qardawi
3.4 Masa Depan Islam : Dr. Abdullah Azzam
3.5 Konsep – konsep Umum Islam : Abu Urwah
3.6 Salah Faham Terhadap Islam : Syed Qutb
3.7 Beberapa studi Tentang Islam : Syed Qutb
3.8 Apa Ertinya Anda Seorang Muslim : Abu a’la al –Maududi
3.9 Apa Erti saya Menganut Agama Islam : Fathi Yakan
3.10 Cara Hidup Islam : Abu a’la al –Maududi
3.11 Islam dan Jahiliyah : Abu a’la al –Maududi
3.12 Islam Yang Mesti Difahami : Ali at-Thontowi
3.13 Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Tg Hj. Abd. Hadi Awang
3.14 Islam Kesejahteraan Untuk Seluruh Manusia : Syed Qutb
3.15 Bagaimana kita Menyeru kepada Islam : Fathi Yakan

4.0 Konsep Ibadah dalam Islam
4.1 Bimbingan Mukminin : Imam al – Ghazali
4.2 Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan : Dr. Yusof Qardawi

5.0 Akhlak dalam Islam
5.1 Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah : Abu a’la al –Maududi
5.2 Akhlak Dan Kaunseling Islam : Mohd Nasir Omar
5.3 Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan : Said Hawa
5.4 Keperibadian Muslim : Mohd Ali Hashimi
5.5 Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah : Dr. Rokiah Ahmad

6.0 Ukhuwah Persaudaraan Islam
6.1 Virus – virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir
6.2 Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan.

7.0 Tasawur Tarbiyah
7.1 Tarbiyah Islam & Madrasah al – Banna : Dr. Yusof Qardawi
7.2 Risalah Ta’lim : Imam Hassan al – Banna
7.3 Manhaj Daurah Tadribiyah

8.0 Dakwah Islamiah
8.1 Islam dan Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan
8.2 Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.3 Islam Dakwah yang syumul : Dr. Yusuf Qardawi
8.4 Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah : Ust. Fahrul Irfan Ishak
8.5 Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.6 Dakwah Fardiah : Mustafa Masyhur
8.7 Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah : Fathi Yakan
8.8 Fiqh Dakwah Dalam al – Quran : Muhammad hanif Hassan
8.9 Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan
8.10 Golongan yang tercicir di Jalan Dakwah : Fathi Yakan
8.11 Beberapa Peringatan untuk Para Daie : Fathi Yakan
8.12 Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim : Mohammad Nizam Abd. Kadir
8.13 Bagaimana Menyentuh Hati : Abbas as - Siisi

9.0 Amar makruf Nahi Mungkar
9.1 Iman dan Harakah ( Ghulam Dakwah ) : Hisyam Soqr

10.0 Amal Jamaie dan amal Ijtimaie
10.1 Amal Jamai Gerakan Bersama : Mustafa Masyhur
10.2 Amal Jamaie : Pengertian & Tuntutan : Yahya Othman

11.0 Pengenalan Jamaah Islamiah
11.1 Tasawur Asasi Gerakan Islam : Fathi Yakan
11.2 Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami : Said Hawa
11.3 Keutamaan Harakah Islamiah dalam Menghadapi Cabaran Mendatang : Dr. Yusof Qardawi


Isnin, 23 November 2009

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan...

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing2 masih belajar di sebuah kampus di Lembah kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah yang tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan keluarga masing2. Maka bermulalah dialog tersebut…….

Azman : apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku(bisik hati kecilnya)

Syaitan : apa kau nak fikirkan lagi mesej la tanya khabar, kalau x pun call terus, boleh dengar suara….

Azman : aaah….. aku x akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : tapi kau dah bertunang, x salah la kalau kau mesej atau call dia, dia dah jadi milik kau.

Azman : tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang diberkati Ilahi.

Syaitan : alah! X salah kalau tanya khabar je.. kau x rindu dia ke?

Azman : ai…tipula kalau x rindu…

Syaitan: habis tu mesej la dia

Azman kebingungan………………..

Aisyah : kenapa yer rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata2)

Syaitan : mesti kau rindukan Azman ni, kau kan tunang dia.

Aisyah : betul la, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : kau mesej la kat dia, tanya khabar..

Aisyah : mana boleh aku dah janji dengan dia x akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah..

Syaitan : alah! Apa la sangat dengan janji tu, mesej je la

Aisyah : betul jgk tu, mesej je kan bukan apa2 pun

Syaitan : bagus3

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba2 dia teringat pesanan ustaz Razali(pensyarah yang menjadi mentoonya), katanya: “ sesungguhnya berhati2 lah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum nabi adam. Tersentak dengan kata2 tersebut maka Aisyah mengucap panjang…..astaghfirullah x3

Azman : apa yang perlu aku lakukan ni???

Syaitan : kan aku dah bagitau tadi, mesej je la…….

Azman : tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. aku kena yakin dengan janji Allah, “perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha……….

Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah


Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

Kisah Ka’ab bin Malik contoh teladan bagi ahli gerakan Islam...

Nama sebenar Ka’ab ialah ‘Amr bin Al Qain bin Ka’ab bin Sawaad bin Ghanm bin Ka’ab bin Salamah. Pada masa jahiliyah, beliau dikenali dengan gelaran Abu Basyir. Merupakan salah seorang sahabat Nabi yang mendapat anugerah Allah berupa kebolehan dalam bersyair dan berjidal. Syair-syairnya banyak bertemakan peperangan.

Kemampuan sebagai penyair ini, menyebabkan beliau mendapat tempat khas di sisi Nabi, selain dua sahabat yang lain, iaitu Hassan bin Tsabit dan Abdullah bin Rawahah.

Ka’ab bin Malik juga merupakan pemuka sahabat dari kalangan Ansor yang berasal dari suku Khazraj

Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk yang berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 orang mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh baginda Nabi Muhammad SAW sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur.

Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasululllah SAW tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. ( at- Taubah :18 )

Terdapat juga sekumpulan yang betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah:

Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( at-Taubah : 91 )

Ka’ab serta 2 orang lagi mukmin iaitu Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi telah dihukum boikot oleh Allah SWT sehingga Allah SWT menerima taubat mereka pada waktu subuh selepas berlalunya malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1. Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.
2. Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.
3. Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.
4. Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan unsur - unsur penting yang perlu diteladani oleh ahli gerakan Islam dari sudut Fiqh Dakwah berdasarkan kisah Ka’ab tersebut.

1. Kenapa Ka’ab dihukum?

Ekspedisi Perang Tabuk berakhir tanpa ada satu pun pertempuran tetapi Ka’ab tetap juga dihukum. Ada yang berpandangan kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.

Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Bai’ah berjihad dengan Allah

Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah. Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa ada alasan semasa kempen Perang Tabuk. Satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar ( at-Taubah :111 )

3. Pengorbanan pada masa paling rumit

Keadaan Madinah pada ketika baginda Nabi Muhammad SAW melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi.

Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?

4. Ka’ab buta di hujung hayatnya

Di hujung usia Ka’ab,beliau menerima ujian dengan menghidapi penyakit buta. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan

Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.

6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar

Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia.

Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya

Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dalam kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya

Jangan amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat.

Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana program.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan

Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan

Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu.

Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.

11. Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’.

Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar

Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihat

Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk.

Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu.

Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.

15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan

Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot.

Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya.

Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka’ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang da'ie sehingga Allah menyelamatkannya

Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.

18. Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab untuk memberitahunya.

Ka’ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima

Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.

20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah

Jangan berasa selesa atau cukup setelah terlaksana sesuatu misi dan objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.

Muhasabah: Tarbiyyah Rohani, tarbiyyah yang sering dilupai

Al- Fadhil Ustaz Mokhtar Senik

KETIKA BERDIRI DIHADAPAN CERMIN, LIHAT LAH KEKURANGAN DIRI JANGAN DILIHAT KELEBIHANNYA

Dalam rancak kita berbicara soal-soal tarbiyyah. Sering kita fokuskan kepada pembentukan fikrah, wala', sifat-sifat jundi dan qiady yang dikehendaki oleh jamaah dan beberapa perkara yang berkaitan dengan adab-adab berjamaah. Sering kali kita lupa kepada tanggungjawab membentuk fikrah rohani.

Saya tidak maksudkan tarbiyyah rohani disini ialah mendidik ahli jamaah tekun menunaikan ibadah, atau giat berqiamullail dan berma'thurat setiap hari. Namun apa yang saya maksudkan disini ialah "berfikir secara rohani". Berfikir secara rohani akan mengukuhkan lagi sifat-sifat kerohanian sehingga menyerlahkan hakikat sebenar sifat "mahmudah" yang diimpikan oleh semua hamba yang sejati. Apakah bentuk "berfikir secara rohani" yang diperlukan oleh anggota jamaah?.

1.) Memahami hakikat kerja dalam jamaah.

Kita perlu diasuh untuk memahami ruh sebenar segala kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini. Apabila kita mengatakan berjamaah adalah wajib ( menurut usul fiqh, bagi mencapai maksud dakwah yang sebenar) bermakna segala kerja yang kita lakukan dalam jamaah ini adalah "ibadah". Apabila kerja dan pengelibatan itu ibadah, maka hendaklah kita faham bahawa;

a). Ibadah hendaklah dengan niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala.

Sebagaimana solah, puasa, haji dan ibadah-ibadah khususiyyah yang lain menetapkan adanya niat kerana Allah, maka begitulah juga apa jua kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini.Objektif utama kita ialah mencari keredhaan Allah. Ada sahabat bertanya kepada saya, kalau begitu mengapa dalam perjuangan ini kita harapkan kemenangan dan kuasa. Memang benar. Kita memang mengharapkan Kemenangan dan kuasa.

Tujuannya ialah untuk menegakkan khilafah Allah di mukabumi ini, bagi mencari keredhaan Allah. Justeru itulah kita Iltizam dengan matlamat "negara Islam". Jika perjuangan ini bukan kearah matlamat menegakkan "daulah Islamiyyah" yang terlaksana di dalamnya syariat Allah, maka kerja-kerja kita kearah meraih kemenangan itu tidak lagi "ibadah". Apabila kerja-kerja dalam jamaah ini sudah tidak lagi berwajah ibadah maka sendi-sendi perjuangan ini akan lumpuh disegenap peringkat.

Apabila kerja dalam jamaah ini bukan Ibadah, maka sudah tentu kita lakukannya untuk wang, atau pangkat atau bagi mencapai kepuasan nafsu. Sedangkan kita telah saksikan perjuangan yang bermatlamatkan wang akhirnya hancur kerana rasuah telah menjalar sehingga ketulang sulbi parti mereka. Jika dilakukan kerja jamaah kerana pangkat semata-mata maka telah kita saksikan perebutan jawatan yang sedang berlaku dalam sebuah parti di negara kita. Sehingga terhapusnya wajah dan sikap manusia bertamaddun saat pemilihan parti mereka. Perbalahan berlaku dimana-mana.

b). Ibadah hendaklah bersesuaian dengan sunnah Rasul.

Sesuatu amalan itu tidak dinamakan Ibadah jika berlawanan dengan sunnah Rasulullah saw. Justeru itu kita hendaklah sentiasa menjaga nilai-nilai sunnah dalam melaksanakan apa jua urusan dalam jamaah. Kita sememangnya dituntut berusaha untuk mendapatkan simpati, undi dan sokongan serta penyertaan ummat umum.

Namun usaha-usaha kearah itu tidak boleh dibuat secara terpinggir dari suluhan sirah Rasulullah saw. Jangan sekali-kali bersikap "asalkan menang, lakukan lah apa cara sekalipun atau yang penting kita menang dulu, selepas itu baru kita fikir tentang melaksanakan syariat Islam". Cuba kita lihat kembali bagaimana Rasulullah membentuk generasi dua'at yang pertama dalam sejarah perjuangan Islam.

Ada suara-suara yang berkata; "cara itu lambat menang". Lalu cuba tunjukkan kepada saya di Malaysia ini mana dia jamaah yang telah berjaya mencapai kemenangan mendahului Pas?.

c). Ibadah hendak dipelihara daripada perkara-perkara yang membatalkannya.

Setiap ibadah hendaklah terhindar daripada perkara-perkara yang membatalkannya. Solah tidak boleh diteruskan apabila wudhu' telah terbatal. Begitu juga dengan kerja-kerja jamaah ini. Jangan kita laksanakan kerja-kerja jamaah bersamaan dengan kita melakukan perkara-perkara yang haram. Mungkinkah kita mengharapkan pertolongan Allah dalam keadaan kita mendurhakai Allah?.

d). Ibadah menuntut sifat khyusuk dalam melakukannya.

Khyusuk umumnya bermakna sentiasa ingat pertemuan mereka dengan Allah dan yakin bahawa segala amalan mereka akan dibawa kembali kepada Allah. Khuyusuk,khususnya dalam solah bermakna berta'ammul ( memerhati dan menghayati) setiap bacaannya sepanjang solah. Bagitulah hakikatnya kerja kita dalam jamaah ini. Semua yang kita lakukan ( samada peringkat atasan jamaah atau bawahan) pastinya akan dibawa kehadapan Allah swt di Akhirat. Kita seharusnya menghayati perjuangan ini dengan sebenar-benar penghayatan. Keujudan kita (pas) bukan sekadar untuk memenuhi ruang kosong dalam politik di Malaysia. Kita ada tugas yang besar, tugas yang kita warisi dari Rasulullah saw, iaitu membangunkan kalimah tauhid sehingga meratai setiap inci bumi Allah ini.

e). Ibadah hendaklah dilaksanakan terus menerus tanpa jemu.

Ibadah adalah lambang pengabdian diri kepada Allah. Justeru itu kita tidak boleh jemu beribadah. Jemukah kita menjadi hamba Allah?. Sebagaimana kita tidak boleh merasa jemu menjadi hamba kepada Allah, kerana hakikatnya kita mengharapkan Allah setiap saat, maka begitu jugalah kita tidak boleh jemu beribadah kepadanya. sumbangan kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini adalah sebahagian daripada ibadah itu.

f). Ibadah tidak dihalangi oleh susah atau senang dan apa jua rintangan.

Ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah akan terus dilaksanakan walau apapun keadaannya. Solah umpamanya. Tiada keadaan yang boleh menghalagi kewajipan solah kecuali gila dan mati. Hatta saat di medan peperangan pun solah masih perlu dilaksanakan. Itulah juga tanggungjawab kita dalam jamaah ini.

Apakah saat mencapai kemenangan kita bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja jamaah, manakala saat ditimpa kekalahan kita berundur diri daripadanya?. Saat diberi jawatan kita aktif mengisi program jamaah, apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan kita terus berundur dari memberi sumbangan. Bukankah Allah mengajar kita, berilah infaq di jalan Allah samaada dalam keadaan senang ataupun susah.

JANGAN TERLALU KERAP MEMBICARAKAN DIRI MU KELAK AKAN HILANG ALLAH DARI PANDANGAN MU

2. Memahami hakikat perhambaan kepada Allah.

Walau dimana pun posisi kita dalam jamaah ini, kita secara umumnya adalah "hamba kepada Allah". Samaada kita yang berada dikerusi kepimpinan atau sekadar 'Amilin diperingkat bawahan. Semua kita wajib berfikir sebagai "hamba". Membentuk acuan berfikir sebagai hamba akan menjadikan kita;

a). Sentiasa berkhidmat kepada jamaah tanpa banyak soal.

Sifat seorang hamba ialah akan sentiasa patuh dengan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh "Tuannya". Hamba tidak pernah bertanya apakah habuan yang bakal diterima sebagai ganjaran atas khidmatnya kepada Tuannya. Hamba sudah cukup berpuas hati dan bersyukur jika dapat berkhidmat kepada Tuannya sekalipun tidak dijanjikan apa-apa ganjaran.

Jika sifat sedardiri ini berjaya ditarbiyyah keatas seorang 'amilin dan petugas dalam jamaah, kita akan dapat saksikan pribadi tawadhuk yang cukup setia dengan arahan yang diberikan oleh jamaah. Kita tidak seharusnya berfikir apa akan Allah berikan atas jihad dan kerja-kerja jamaah yang telah kita lakukan. Kita lakukan tugasan ini kerana kita hamba kepada Allah. Takdir kata Allah tidak menjanjikan apa-apa janji kemenangan kepada perjuangan ini, kita masih tetap dituntut bekerja tanpa soal. Inikan pula bila Allah dalam banyak ayat-ayatNya menjanjikan kemenangan dan pertolongan atas perjuangan hambaNya.

Kita sebenarnya tidak layak bertanya bilakah kemenangan dan kejayaan akan diberi jika sekalipun kita telah mengerahkan seluruh tenaga dalam perjuangan ini. Inikan pula masih terlalu sedikit sumbangan yang kita berikan, masih terlalu sedikit masa yang kita peruntukkan untuk jamaah dan masih jarang benar doa kita untuk kejayaan jamaah.

b). Sentiasa beradab dengan adab hamba.

Adab hamba ialah rendah diri, banyak bekerja dari bertanya, lebih banyak berfikir apakah khidmatnya kepada Tuannya berbanding apakah anugerah Tuannya kepadanya dan setiap saat ia menjaga adab-adab perhambaan. Fikrah ini jika dimiliki oleh para 'amilin dalam jamaah, mereka akan sentiasa dihiasi dengan sifat-siafat mahmuudah. Akhlak yang dihiasi dengan sifat tawadhuk yang akan menjadikan ia sentiasa dicintai oleh Allah dan kawan serta disegani oleh lawan. Perasaan perhambaan itu akan sentiasa menjadi penasihat kepadanya, jika ia hampir tergelincir dari landasan jamaah. Ia tidak akan lari dari jamaah walau apa pun sebabnya, sebagaimana ia tidak sanggup untuk menjadi hamba yang lari dari Tuannya.

c). Sentiasa merasai kehadiran Allah dalam hidupnya.

Orang yang diasuh dengan "berfikir secara rohani" akan sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap sudut dan penjuru hidupnya. Allah sentiasa hadir samaada saat ia bersendiri atau dikhalayak umum. Mereka tidak akan menjadi ahli jamaah yang hipokrit. Apa pun situasi yang dihadapinya ia tetap menyantuni Allah. Allah tetap bersamanya. Justeru itu ia tidak merasa gelisah dengan berlikunya jalan perjuangan yang dilalui. Jiwanya sentiasa segar dengan pengharapan dan keyakinan bahawa Allah tiadak akan pernah membiarkan dan mengabaikannya. Hasil kerja jamaah yang datang dari 'amilin yang sentiasa yakin dengan pertolongan Allah tidak sama dengan hasil kerja 'amilin yang dilonjak dengan pujian dan sanjungan.

d). Menghargai apa jua yang datang dari Allah.

Seorang hamba merasa sangat gembira jika dihadiahkan sesuatu oleh tuannya. Bukan nilai hadiah itu yang dilihatnya tetapi dari siapa hadiah itu datang. Justeru itu anggota jamaah yang diasuh dengan kesedaran ini sangat menghargai apa jua kedudukannya dalam jamaah. Jika Allah menganugerahkannya posisi ahli biasa, maka ia sangat bersyukur kerana itulah pilihan Allah untuknya. Ia tidak pernah merasa kecewa dengan pilihan Allah. Jika Allah menganugerahkan posisi kepimpinan untuknya, maka ia bersyukur dan akan menjaga anugerah itu dengan penuh amanah. Ia yakin, apa pun pilihan Allah pastinya itulah pilihan yang paling baik untuk dunia dan akhiratnya. Kerana Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Jika Allah menganugerahkan kemenangan, maka itu adalah kemanisan yang harus disyukuri. Jika Allah mentakdirkan kekalahan, maka itu adalah ujian yang perlu diredhai.


ORANG YANG DIPERANGI ALLAH TIDAK LAYAK MENDAPAT KEMENANGAN DARI ALLAH.

3. Berfikir secara rohani dan melihat sesuatu dari sudut hakikatnya.

Apa yang berlaku dalam dunia dan kehidupan ini ada hakikatnya. Tetapi "hakikat" itu sering terlindung oleh hijab kejahilan dan nafsu. Berkata Imam Al-Ghazali;

" Orang yang tidak sampai pemikirannya kepada "hakikat" sesuatu, tidak akan merasa kasih dengan sebenar-benar kasih dan tidak akan merasa benci dengan sebenar-benar benci".

Hassan Al-Basri berkata;

" Hamba yang ilmunya tidak sampai kepada "hakikat" sesuatu, mungkin akan kasih apa yang patut ia benci, dan mungkin benci apa yang patut ia kasih".

Melihat kepada kenyataan kedua-dua orang tokoh sufi yang terkenal ini, tentunya menggamit keinginan untuk kita ketahui apakah hakikat suatu yang patut kita fahami dan apa kebaikkannya untuk dakwah dan jamaah. Untuk itu marilah kita lihat betapa berhajatnya jamaah kepada penghayatan "fikrah Rohani" itu.

a). Memahami hakikat "suruh" dan "larang".

'Amilin yang berfikir secara rohani, menyedari hakikat Suruhan Allah dan larangan Allah. Suruhan dan larangan Allah tidak dilihat dari sudut "untung dan rugi", tidak dilihat dari sudut "baik dan buruk", dan tidak dilihat dari sudut "duniawi". Bila Allah menuntut ia berjuang, maka ia akan terus berjuang. Suruhan itu dilihat pada hakikatnya, iaitu datang dari Allah. Tuhan Yang diyakininya Maha Bijaksana dan Pengasih.

Sekalipun zahirnya kelihatan suruhan Allah itu menyusahkannya, namun kerana Yang memerintahkan itu ialah Allah, maka ia yakin Allah tidak akan menyuruh kepada suatu yang merugikannya atau membahayakannya. Mungkin pada zahirnya apa yang dilarang oleh Allah itu kelihatan merugikannya, namun ia yakin hakikat larangan Allah tetap kemudharatan. Allah tidak akan menyuruh kecuali suatu itu mendatangkan kebaikan dan tidak akan melarang kecuali suatu itu mendatangkan kemudharatan. Firman Allah yang bermaksud;

"Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.-Al-Baqarah 216.

Tetapi ramai orang yang tidak melihat kepada hakikat sebenar "suruh dan larang" Allah. Sehingga intima' nya dengan jamaah hanya ditujangi oleh kepentingan dunia semata-mata. Ia bersama jamaah kerana dilihatnya disana ada peluang-peluang kebaikan untuk dirinya. Kemudian ditinggalkannya jamaah apabila dilihat merisikokan kerjaya dan kepentingannya.

Begitu juga dengan apa yang dilarang oleh Allah tidak dilihat kepada hakikatnya. Sehingga kadang-kadang ia kasih dan gemar kepada apa yang dibenci oleh Allah. Cuba kita lihat, betapa ramai anggota jamaah yang berada dalam saff Pendakwah dan 'Amilin yang masih bergelumang dengan sistem "Riba". Sedangkan Allah mengistiharkan perang terhadap orang yang masih beramal dengan Riba setelah ia tahu riba itu dilarang oleh Allah. Orang yang diperangi oleh Allah bermakna "musuh Allah". Tetapi oleh kerana gagal memahami hakikat larangan Allah, mereka masih berdoa dan bersolah hajat memohon kemenangan daripada Allah. "Mungkinkah Allah menolong musuhNya"?.

b). Memahami hakikat "mazmumah".

Mazmumah adalah sifat yang tercela. Seperti hasad dengki, ria, takabbur dan hubbu Dunia. Para du'at dan 'Amilin dalam jamaah ini diasuh menjauhinya. Namun kecelaan sifat-sifat tersebut tidak dapat dilihat benar-benar menjijikkan jika tidak dilihat dari sudut hakikatnya. "Sombong" umpamanya.Orang yang sombong hakikatnya manusia yang melupai Allah (bukan sahaja sombong kepada manusia).

Pertama kerana "sombong" adalah sifat Allah. Apakah hendak dirampasnya sifat Allah lalu dipakaikan kepada dirinya?. Berapa orang "Allah" sebenarnya dalam dunia ini?.

Kedua, orang yang sombong adalah manusia yang paling "tidak merasa malu" kepada Allah. Bukankah hakikatnya segala yang kita miliki ini, samada nyawa, ilmu, kekayaan, pangkat, jawatan, harta dan segala-galanya adalah pinjaman dari Allah?. Lalu mengapa sanggup untuk ia merasa sombong dihadapan Allah dengan apa yang ada padanya?.

Contoh yang kedua ialah Hasad dengki. Bukankah telah diyakini bahawa setiap yang berlaku ini adalah takdir dan ketentuan Allah. Allah lah yang memutuskan untuk memberikan suatu kepada seseorang dan menarik kembali sesuatu dari seorang yang lain.

Apabila seseorang itu hasad atas kelebihan seseorang yang lain, bermakna ia tidak bersetuju dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Allah. Apabila dilihat hakikatnya, akan kelihatanlah betapa jijiknya sifat dengki tersebut.Melihat sesuatu sehingga kepada hakikatnya akan mejauhkan seseorang itu dari segala sifat mazmumah selama-lamanya.

3. Memahami hakikat Dakwah dan Jihad.

Dakwah dan jihad bermakna mengajak manusia kembali kepada Allah. Mengajak mereka membuang segala keberhalaan dan syirik. Pendakwah bermakna manusia yang berkempen untuk Allah. Kempen agar musuh-musuh Allah (syirik) dikalahkan buat selama-lamanya, dan mukabumi ini bersih daripada kesyirikan terhadap Allah. Justeru itu mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah adalah lebih utama daripada sekadar mengajak mereka memberikan undi kepada jamaah. Ini tidak bermakna kita tidak memerlukan undi orang-orang yang bukan Islam. Apa pun jenis tugasan dalam jamaah semuanya adalah dakwah kepada Allah.

4. Sentiasa "melihat" Allah sehingga lupa terhadap dirinya.

Saya tidak maksudkan "lupa terhadap diri" itu bermakna "fana", yang sering dibincangkan dalam pengajian tasawwuf. Tetapi yang saya maksudkan ialah lupa untuk memikirkan dan membicarakan kelebihan dirinya, kerana sibuk membicarakan kesempurnaan zat,sifat dan af'al Allah. Jika dirinya mempunyai kelebihan, tidak dirasakan kelebihan itu miliknya sehingga lidahnya sentiasa menyebut berkenaan dirinya.

Apa yang sering disebutnya ialah kelebihan dan kesempurnaan Allah. Jika ia berta'aruf, maka ta'aruf itu sekadar untuk dikenali bukan untuk dikagumi orang. Di awal-awal Harakah diterbitkan dahulu, ada penulis yang menggunakan nama pena "renungan tajam". Mungkin pekara tersebut kelihatan kecil, namun hati hendaklah di jaga, agar jangan merasakan tulisan kita sahaja yang tajam, tulisan yang lain tidak tajam atau kurang tajam.

Ada juga yang menulis; " sebagai seorang mujahid dalam jamaah saya tidak punya banyak masa bersama keluarga...". Mengapa harus kita yang menggelarkan diri kita "mujahid"?. walaupun kita benar-benar berharap Allah mengangkat kita sebagai mujahid dijalanNya. Namun gelaran itu biarlah orang lain yang menyebutnya untuk kita. Atau ada juga yang menulis; " dalam hal dakwah ini saya memang "rajin". Mengapa kita perlu menghakimkan diri kita?. Biarlah orang lain yang menilai kita rajin atau pun tidak.

Orang yang sentiasa bertawajjuh kepada Allah, akan lupa untuk membicarakan siapa dirinya, bagaimana ia dalam jamaah ini, rajinkah ia atau mujahidkah ia.. Imam Ibnu 'Atho' Llah berpesan;

"Jangan terlalu kerap membicarakan dirimu kelak akan hilang Allah dari Pandangan mu".

Seorang Ahli sufi berkata;

"Aku tidur sepanjang malam,kemudian aku bangun dengan menyesal ( kerana terlepas solah tahajjud) ..( lalu penyesalan itu ) lebih aku kasih berbanding jika aku berdiri sepanjang malam (kerana beribadah) kemudian keesokannya aku bangun dengan rasa ujub."

Ahad, 15 November 2009

( LINA JOY )

kehebatan peguam jahanam
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... .Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'.. ..Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'. ..
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM....

HARAKAH ISLAMIAH ASAS DAN MANHAJ PEMBINAAN

MUKADDIMAH


Perjuangan Islam adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan. Tuntutan ini merupakan tuntutan Allah dalam erti kata menunaikan 'Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar. Perjuangan menegakkan al-Haq ini adalah pembuktian umat Islam ini adalah umat terbaik. Firman Allah S.W.T


Maksudnya: "Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
(Ali Imran: 104)


Di samping keperluan 'Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar ini, Harakah Islamiah bertujuan untuk memastikan hak-hak Allah akan sentiasa tertegak dan didaulatkan di dunia ini. Oleh itu, perjuangan ini dikatakan sebagai Jihad.



HARAKAH ISLAMIAH SATU TUNTUTAN


Banyak dalil-dalil Al-Quran dan hadis yang menuntut wujudnya Harakah Islamiah ini. Pembuktian dalil Al-Quran dan hadis ini membawa makna betapa Harakah Islamiah mestilah ditunaikan dan diadakan. Antaranya:

(a) Dalil Al-Quran

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff: 4)


(b) Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)


(c) Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)

Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."


(d) Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa.

Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu.


Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."



MATLAMAT DAN TUJUAN HARAKAH ISLAMIAH



Matlamat Harakah Islamiah adalah untuk menegakkan Deen Allah di atas muka bumi ini. Ini bermaksud apa yang ada dan berlaku di atas muka bumi ini hendaklah tunduk dan patuh kepada undang-undang Allah sahaja. Matlamat ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T



Maksudnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu." (Az-Zariyat: 56)



Maka pengertian ibadah yang luas ini termasuklah segala urusan dunia seperti pekerjaan, kepimpinan dan pemerintahan. Manakala tujuan Harakah Islamiah boleh dilihat seperti berikut:



(a) Membentuk dan mengarahkan masyarakat terhadap kesedaran Islam.


(b) Mentarbiyyah dan menyusun du'at (pendakwah) di dalam sebuah tandzim untuk berperanan sebagai penggerak dakwah dan jihad dalam masyarakat.


(c) Mengetuai risalah perjuangan Islam yang syumul dan berfungsi sebagai contoh negara Islam di segi organisasi.


(d) Menentang dan menghancurkan jahiliyyah hingga ke akar umbinya.


(e) Menegakkan daulah Islamiah di atas keruntuhan jahiliyyah dan terus berjuang untuk berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.

Renunglah 10 WASIAT INI...

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubungdengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh am, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


" Islam Is A Way Of Life''

BAI'AH : Konsep dan Aplikasinya Dalam Konteks Amal Islami

Konsep dan Pengertian

• Bahasa :
Janji setia
• Istilah :
Janji setia yang dilakukan antara orang mukmin dengan satu pihak yang lain samada Rasulullah SAW atau pimpinan dalam mendokong suatu kewajipan agama.

Maksud FIRMAN Allah 'Azza wa Jalla :

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.'
( At Taubah : 111 )

'Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.'
( Al Fath : 10 )

'Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;
Dan juga Dengan banyak harta rampasan perang, Yang mereka akan dapat mengambilnya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'

( Al Fath : 18-19 )

'Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu Dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

( Al Mumtahanah : 12 )

Jenis-jenis Bai’ah

. Bai’ah Al Aqabah
• Bai’ah Al Harb
• Bai’ah Ar Ridhwan
• Bai’ah An Nisaa’
• Bai’ah As Siyasah
• Bai’ah ‘ala At Taqwa wal ‘Amal
• Bai’ah Al Harakah Al Islamiyah

Kepentingan Bai’ah

• Memperkuatkan keyakinan
• Mempertingkatkan kekuatan ruhiyyah
• Menambat intima’ terhadap jamaah
• Sentiasa muhasabah iltizam

Aplikasi Bai’ah

• Ilmu dan fikrah
• Takwin fardiyyah
• Taqwa
• Iltizam
• Istiqamah

Rukun-rukun Bai’ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Tsabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwwah
10. Tsiqah

Isu-isu Bai’ah

• Tidak faham konsep bai’ah
• Tidak yakin dengan bai’ah
• Berbilang-bilang bai’ah
• Melanggar dan mengkhianati bai’ah

Wallahu a’lam

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan