Rabu, 16 Disember 2009

Kisah garam, gelas dan tasik:mehnah dan tribulasi dalam kehidupan

Semoga anda di lindungi Allah S.W.T dari segala malapetaka dan tabah menghadapi ujian dariNYA...


Sahabat-sahabatku yang di rahmati Allah sekalian.. Di sini ingin saya berkongsi sebuah kisah mengenai garam, gelas dan tasik..Kisah ini amat menarik untuk di kongsi bersama terutamanya kita sebagai pejuang di jalan Allah..

Sedang seorang murid termenung dengan mukanya yang muram, di sapa oleh gurunya. “mengapa muka mu muram wahai anak ku? Tidak cukupkah nikmat dimuka bumi Allah ini untuk kau mensyukurinya”. “sejak akhir-akhir ini, aku banyak di timpa dengan masalah, guru ku. Itu yang menyebabkan aku muram”.

“kamu pergi ambil dua genggam garam dan segelas air” kata gurunya. Lantas muridnya pun mengambil barang yang disuruh oleh gurunya dengan penuh kehairanan. “sekarang kamu campur segenggam garam ke gelas yang berisi dengan air dan kamu dikehendaki untuk meminumnya”. Kata gurunya lagi. Si anak murid pun buat apa yang disuruh oleh guru. Setelah ia meminumnya, anak muridnya pun memuntahkan semula.

Guru itu pun berkata kepada anak muridnya,”bagaimana rasanya, anakku?”. “Rasanya seperti amat masin guru ku,tekak ku terasa loya dan mual sekali” jawab anak muridnya. “sekarang ambil segenggam garam lagi, masukkan ia ke dalam tasik dan minumlah, apa rasanya?” kata gurunya lagi. Setelah meminumnya anak murid pun berkata,” terasa segar guruku dan sedap sekali”.

“begitulah dengan hidup kita, segenggam garam itu ibarat dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya. Ianya telah ditetapkan oleh oleh Allah. Tidak lebih atau kurang dan dugaan yang diberikan oleh Allah mampu diharungi oleh umatNya. Segelas cawan dan tasik tersebut adalah bandingan luasnya hati kita. Jika hati kita seluas segelas cawan tersebut, maka kita akan merasai ia sebagai penderitaan tetapi jika hati kita seluas tasik atau lebih besar daripadanya, kita akan merasainya sebagai kemanisan hidup. Oleh itu, bentuklah hati kita seluas tasik agar kita tabah menghadapi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan kita”, jelas gurunya.


Sebarang Komen bolehlah diberi yer...:)

Tak dop masalahnya jika menggunakan kedua-dua belah tanganmu itu...

Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan