Khamis, 30 Disember 2010

10 FARDHU MUSLIM



10 fardhu muslim

  • AQIDAH YANG SEJAHTERA (SALIMUL AQIDAH)
  • IBADAH YANG BETUL (SOHIHUL IBADAH)
  • AKHLAK YANG MANTAP (MATINUL KHULUK)
  • PERMIKIRAN YANG BERWIBAWA (MUTSAQQAFUL FIKR)
  • KUAT TUBUH BADAN (QAWIYUL JISMI)
  • BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN (NAFI'UN LI GHAIRIH
  • MAMPU MELAKUKAN GERAK KERJA (QADIRAN' ALA KASBI)
  • TERATUR DALAM URUSAN (MUNAZOMAN FI SHU-UNIH)
  • MENJAGA WAKTU (HAARISON' ALA WAQTIHI)
  • MELAWAN HAWA NAFSU (MUJAHIDUN NAFSI)

*Adakah anda telah mencapai sebagai individu muslim yg disenaraikan diatas???

Isnin, 13 Disember 2010

JOM MEMANCING UDANG GALAH



PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan

  1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

  1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
  2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
  3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

  1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

  1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

  1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
  6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
  7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

  1. Pertuturan harus dijaga.
  2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
  3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
  4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
  5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING"

Sabtu, 4 Disember 2010

Tarbiah bersama keluarga...


Salam tercinta buat keluargaku...

Alhamdulillah, sudah sekian lama menanti saat-saat bersama keluarga akhirnya dapat juga bersama mereka...

Sudah sekian lama bergerak kerja di kampus, kini masanya utk ku berbakti pada kedua-dua org tuaku, yg mana ajal maut tak mengira masa, tempat dan waktunya...

Oleh itu, diwaktu cuti ni, ingin ku manfaatkan sepenuh masa, tenagaku buat keluargaku...

Masa inilah kerja-kerja berat akan dilaksanakan seperti, berkebun, mengemas rumah, sama ada dalam dan luar rumah, dan banyak lagi perkara yg nak dibuat disamping perlu juga terbiah diri, dengan usrah-usrah kawasan... insya'Allah

semoga diwaktu ni dapat ku manfaatkan sepenuhnya...

Wal-asr=demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yg berpesan-pesan kepada kebenaran dan penuh kesabaran...

Wahai org yg beriman! jgnlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta amanah yg telah dipercayakan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui.  (Surah al-anfal ayat 27)

Khamis, 18 November 2010

Ukhwah fillah...

MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

SYARAT-SYARAT UKHWAH

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)

Hak-Hak Ukhwah
a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

KESATUAN AQIDAH

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.

KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.


*Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan...

Selasa, 26 Oktober 2010

Lihatlah sejauh mana hati anda berperanan di dalam sketsa ini...

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan ituuntuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.


Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya.

*Jika anda seorang yg lembut hatinya, sudah pastinya akan mengalirlah titisan air mata apabila membacanya, jika yg keras hatinya, dia tak akan merasa apa-apa pun... jadi apa komen ada???

Jumaat, 1 Oktober 2010

kulaan masaku...;)

Salam Syawal dan hari ini sudah masuk hari yg ke-26 Syawal, bagaimanakah keadaan anada sekarang? adakah masih seperti dulukala lagi, jika demikian maka ubahlah perinsip hidupmu dengan mengatur masamu yg mana jika dilihat Allah berfirman dalam surah al-asr(demi masa), sesunggunya, manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan kepada kebenaran dan juga kesabaran...

Dan jika dilihat pada akhir-akhir ini, diriku sebagai seorg pelajar, yg kian mencari masa-masa sebagai salahsatu utk ku menebus kembali masa yg lalu yg banyak tersia-sia begitu sahaja. Oleh yg demikian, aturlah masa dengan sebaik-baiknya, jika dilihat mujahadah-mujahadah dulu kala, menggunakan masa dengan sepenuhnya, ada yg sanggup berhijrah ke mana-mana tenmpat semata-mata utk mendapatkan ilmu, kerana tanpa ilmu siapalah kita?

Dgn adanya ilmu, sudah semestinya ianya dapat menjaga kita, sedangkan harta hanyalah menyusahkan kita!!! Ini kerana, harta yg banyak, memudahkan diri kita trerjebak dengan khayalan dan yg lebih dashyat lg, apabila nyawa akan dipertaruhkan dengan harta tersebut,

Dan kita juga mempelajari maqasid syariah, iaitu tujean syariah, yg mana menekankan 5 perkara penting serta mengikut tertib, iaitu
1)Agama
2)Nyawa
3)Akal
4)Keturunan
5)Harta

apabila anda dilidesak sama ada diugut oleh mana-mana golongan ygmungkar kepada Allah, maka pilihlah mengikut yg utama sekali...
Contohnya:- jika ada perompak yg hendak merompak diri anda, maka perompak itu pun memberi pilihan sama ada anada hendak memilih nyawa atau harta???

solutionnya;- maka selamatkan lah nyawa anda terlebih dahulu, kerana harta itu boleh dicari lagi... yer tak!!!

Perhatikan betul-betul sama ada, adakah kita terlepas pandang akan maqasid syariah tersebut...

Wallahua'lam..

Jumaat, 24 September 2010

kulaan aku ni...


Seringkali kali kita sebagai seorg muslim, kita pasti akan terlepas pandang pada sesuatu yg amat penting bagi kita, iaitu AMALAN, tanpa amalan tiadalah sesuatu ganjaran, tak kiralah dari segi mana ganjaran tersebut.

Oleh yg demikian, mak ku sentiasa berpesan kepada ku dan adik-adikku, yg mana jgn lah kita terleka dengan duniawi ini, dan jika nak buat baik tu, jgn sampai org lain yg tahu, ini lah pesanan mak ku yg semakin lanjut usianya, serta ayah ku juga ku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapaku, keluargaku, sahabatku dan umat Islam akan sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan, insya'Allah.

yg dikata buat kebaikan seorg diri tanpa ada org lain yg tahu iaitu kita bayangkan yg mana apabila kita buat suatu amalan kejahatan mcm mana? adakah kita akan tunjjukkan amalan kejahatan kita itu? sudah semestinya tidak kan, lagi-lagi anda sbg seorg ahli jemaah, mestilah nak kena jaga THIQAH kan kan kan....

tepuk dada tanyalah iman yer, tanpa amalan siapalah kita, jadi ikhlaskan hati, dan sentiasa ingat yg Allah sentiasa memerhatikan kita pada setiap masa. jadi hati-hatilah pada setiap amalan yg akan dilaksanakan, dan pastikan amalan yg akan dilaksanakan itu tidak ada unsur-unsur riak, ujub dan sum'ah...

insya'Allah, akhir kata dari ku: "BERAMAL KERANA ALLAH" mudah-mudahan dipelihara iman kita, Wallahua'lam...

Ahad, 12 September 2010

Imam dan Bilal yg hanya mengharapkan duit semata-mata...


Salam alaik,
Alhamdulillah, syukur terhadap ilahi, dengan nikmat iman dan Islam serta diberi peluang bagi kita menyempurnakan amalan bagi bulan Ramadhan yg telah pun berlalu...

Disini ingin ku menegaskan kepada org yg beriman yg tidak melaksanakan amanahnya dengan dedikasi dan secara adil terhadap perkerjaannya... Contohnya mudah sahaja dilihat - iaitu melalui tugasan Imam dan bilal.

Daripada kajian yang dibuat hampir 87% surau dam masjid di malaysia tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, ini kerana keadaan masjid yg tidak terurus dengan begitu baik, sebagai contohnya, jika dilihat pada waktu zuhur dan asar kebanyakan masjid dan surau tidak akan ada orang yg azan, ini kerana begitu sibukkan hal dunia ini...

jika anda lihat imam dan bilal skrng dibayar gaji, tapi masih lagi tidak menjalankan tugas dengan betul, sekejap datang sekeja tidak, apa nak jadi ntah... ku smack down skali baru tahu...;)

dari info yg kuterima gaji imam dan bilal akan dinaikkan sebanyak Rm5 perwaktu, iaitu sehari dalam Rm5 darab 5 waktu = Rm25, dan Rm25 darab 30 Hari = Rm750.

Yg mana sebelum ini Rm3 perwaktu, Rm3 darab 5 waktu = Rm15 utk Sehari, jika sebulan Rm15 darab 30 Hari = RM450...

lihatlah keadaan ini sampai mana akan berlarutan, adakah sehingga turun musibah baru nak semua dtg ke masjid dan surau tepuk dada tanyalah iman masing-masing yer...

Wallahualam....

Selasa, 31 Ogos 2010

Genaplah Usiaku.;)


Salam 22 Ramadhan, semoga Allah sentiasa merahmati si pembaca blog ini. Alahamdulillah, kini diriku masih diberi peluang, dengan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki ku bagi bulan ini.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri dengan bertasbih, bertahmid serta bertakbir kepada Allah S.W.T, semoga kita diberi kekuatan dalam menempuh mehnah dan tribulasi dunia ini.

29 Ogos adalah hari kelahiran seorang yang diberi Maksud namanya ialah PENAGAMANAH AGAMA, oleh yang demikian disini ku ingin meminta kepada sahabat-sahabat yang mengenali ku, semoga dapat mendoakan kesejahteraan ku dan sentiasa berpegang teguh kepada jalan kebenaran,

Baru-baru ni, bagi program tarbiyah ada menganjurkan tazkir naquba, jadi ku terpaksa mengambil alih tugasan dari sahabat tersebut, nak kata dia bermasalah, ku pun tak mengerti juga. jadi ku mengambil keputusan utk setup sendiri bagi program tersebut.

maka tibalah pada hari program tersebut, program yg ku setup adalah bermula jam 9.00 pagi sharp, dan ku sampai sampai tepat-tepat jam 9.00 pagi, tapi masih tiada orang lagi disitu, dan ku ternampak ustaz yg sedang berdiri, lantas ku pergi mendapatkan kunci di hadapan rumah dengan pasti tersebut.

setelah ku buka pintu pagar pasti tersebut, ku terus bergegas ke tempat ustaz, dan waktu itu ustaz sudahpun masuk kedalam kenderaannya.

ku berasa serba salah, jadi ku pun berjumpa dengan ustaz bagi menghalan ustaz daripada balik.
Akhirnya, ustaz tetap utk balik juga, kerana ustaz telah lama menunggu dari jam 8.30 am.

Lihatlah dari kesilapan yg kecil sudah pun membawa kerugian dalam slot kuliah ustaz.
jadi dalam perbicaraan ku dengan ustaz dalam keadaan nada rendah sahaja, Ustaz memberi tiga perkara : 1-Sampaikan salam ustaz pada sahabat anta, 2-Ini merupakan pengajaran dan 3-Adakah ini tahap pimpinan, para naquba? jika ahli tu agak berbeza lah dari segi penyampaiannya.

Dan mesej Ustaz kepada ku ialah, sebagai Para Naquba, seharusnya menjiwai surah al-asr
Wallahua'alam...

Khamis, 26 Ogos 2010

Gembiaranya dapat Buku...;)


Salam Ramadhan pada fasa yg kedua ini yang penuh dengan maghfirah iatu keampunan dari Allah s.w.t.
Dan tidak dilupakan juga yang mana fasa kerahmatan turut bersama dengan fasa keampunan ini, mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah s.w.t, insya'Allah.

Baru-baru ini, ku menerima mesej dari sahabat, untuk mengajak ke pertandingan Tilawah al-Quran diperingkat U, huhu...

Maklumlah, aktiviti kerohaniaan begini manalah ada sambutan sangat kat U ni, jika ada pertandingan nyanyian ke, atau perkara-perkara lagho(SIA-SIA), sudah semestinya ramai.

Maklumkan, mereka ni masih belum dikurniakan TAUFIQ, yang mana HIDAYAH tu dah ada pada setiap INSAN, cuma taufiq tu jer yang masih belum menyinari hati mereka...

ku pun sahaja jer nak masuk dalam tilawah quran tu, tengok-tengok ada lah dalam SEPULUH orang jer yg masuk dalam pertandingan tu. Padahal orang yg wujud dalam U ni, adalah kitaran 6000-8000 orang, jika ramai yang bukan Islam tu lain lah cerita...

Nak dipendekkan cerita, berakhirnya pertandingan tu, dan dimenangi sahabat ku yg pernah masuk IMAM MUDA dulu tu...

Alhmadulillah, saguhati yg ku terima, adalah buku-buku yang memang ku gemari. seronok rasa hati apabila dapat melihat buku-buku itu, tambahan pula kat sini sibuk tak berkesempatan utk ku pergi menjengah buku dipusat-pusat bandar ini.

bukunya berkaitan bulan Ramadahn, boleh lah buat buat modal nak beri tazkirah pada kolej-kolej nanti...

Baiklah, sempena pada fasa kedua ini, ku memohon ampun kepada sahabat-sahabat jika ada terkasar bahasa, dan lain-lain yanag menyakitkan hati ke...

Wallahua'lam...

Jumaat, 13 Ogos 2010

makmum oh makmum...




ya Allah, Engkau kuatkan sifat kesabaran dalam diri ku ini, rasa mcm nak "gigit" jer makmum yg duk sebelah ku ni, ku dah bagi tahu suruh rapatkan saf, tapi masi jer lagi renggang. dan yg sebelah lg ni, semakin dekat dengan dia, semakin lari pula dengan ku, aneh nya dunia ni skrang yer...

jika seboleh-bolehnya, ada segelintir makmum yg nak keselesaan jer dalam solat jemaah mereka, jika tak rapat saf tu, nanti tak dapatlah pahala saf.

nama jer orang Islam, tapi tak tahu nak mempelajarinya...

kita yg sebagai seorang muslim ni, kenalah sentiasa beringat dalam apa juga hendak kiat laksanakan, semoga tidak ada cacat celanya dalam suatu ibadah...

jika diperhatikan ada jugalah segelintir masjid-masjid dan surau-surau, yg kurang elok safnya...
salah siapa? imam ke, yg tidak memberi arahan dalam memperbetulkan saf makmum tersebut, atau salah makmum, yang kurang ilmunya...

oleh yg demikian, tepuk dada tanyalah iman masing-masing...

Wallahua'lam....

Sabtu, 7 Ogos 2010

Apa maksud ummi?


Salam ketenangan, alhamdulillah selesai sudah pengurusan bagi program tazkir, banyak juga input-input yang ku terima, insya'Allah bolehlah dikongsikan bersama-sama adik usrahku...


Setibanya ku ditempat program, ku terus memastikan keadaan terkawal, serta kelancaran program. namun juga, ustaznya yg belum tiba, terus menelefonnya dan ustaz menyatakan dia tersesat pula, maklumlah tempat begitu berstategik.


Setelah ketibaan ustaz, program diteruskan dgn pembukaan, ummul kitab, serta diteruskan pengajian dalam membincangkan golongan tercicir dalam medan dakwah...


Pada awalnya ustaz banyak membicarakan pengalamannya semasa dimesir, memang agak menarik perhatian juga, dan ustaz ada bertanyakan apakah yg dimaksudkan dengan "ummi"?

yang mana ianya dalam tajuk sirah...


Maksudnya ialah, orang yang tidak betul lagi pembacaan al-Fatehahnya...


ini kerana ku telah mengikuti kelas imam bilal di masjid negeri, dan boleh mengetahui dimana terletak kesalahan setiap pada bacaan tersebut...


Apabila berlaku kesilapan dalam pembacaan al-fatihah kita dalam solat, apakah yg akan terjadi pada solat kita? Adakah solat kita diterima Allah? minta kepada pembaca blog ini, tolong jawab pada komen yg disediakan yer...;)


Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama meningkatkan setiap pembacaan al-Quran, mudah-mudahan ianya dapat memberi syafaat ketika kita di dalam kubur nanti...


Wallahua'lam...



Selasa, 3 Ogos 2010

Apa kaitannya...

Salam ukhwah...

Maha suci Allah, yg telah menyempurnakan pada setiap kejadian alam semesta ini...

apakah kaitan dengan orang yg memberi nama dengan sifat orang yg telah diberi nama tersebut?

wallahua'lam...

ada org tua yg lebih tua dari ibubapaku, telah mengeluarkan perkataan yg takmasuk akal... katanya "tu ler mak ko bg nama kat anak mcm tu, tengok siapa yg susah?" bicaranya lah...

ku pun mendiamkan diri, dan rasa sedih juga atas kata-katanya yg menuduh perkara yg sedemikian...

pada pendapat pembaca, juga merasakan demikian juga...

insya'Allah, dengan apa yg berlaku mungkin ada hikmahnya...

Ahad, 18 Julai 2010

Salam Tarbiyah...


Salam alaik, khabari?
waras ngak?
begitulah keadaan kita di setiap hari....

dalam mengharungi cabaran setiap hari, adakah anda sering memikirkan bagaimana anda memajukan diri anda tanpa sebarang usaha,? sudah tuntu tidak boleh, jadi kita telah diciptakan untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, sesungguhnya orang berjuang dengan penuh keikhlasan pasti akan menemui suatu jalan keluar yang mudah untuk baginya...

alhamdulillah, sudah sekian lama tidak ketemu dgn mad'u-mad'u ku, akhirnya bertemu jua minggu lepas di bumi malaysia ini. alhamdulillah juga diucapkan, mereka masih ingat dengan ku hasil ikatan ukhwah yang dijalinkan beberapa tahun dulu...

Insya'Allah, dengan perhubungan yang ikhlas kerana Allah, pastinya ianya akan memberi manfaat pada diri dan agama Islam yang tercinta ini...

Sabtu, 10 Julai 2010

Kulaan Niring Napa Takurihing...

Salam akhir Rejab dari kami... semoga amalan pada bulan ini diterima Allah s.w.t, insya'Allah... Bermulanya sem baru ini, maka banyak lah yang perlu dilaksanakan, lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim yang telah pun berikrar dengan lidah dan kita hendaklah melaksanakan dengan anggota badan kita juga...

betapa banyaknya dugaan sebagai seorang pelajar yang akan memerlukan nilai pengorbanan pada diri mereka... bersambung..............

Ahad, 27 Jun 2010

AHBASH SEMAKIN MELAMPAU : TUDUHAN MELULU SEBAGAI JI...

Di Lubnan, golongan Ahbash ini wujud. Di sana, berbagai-bagai kekacauan yang telah berlaku. Ia bermula, ketaassuban anak murid Abdullah hariri yang merupakan "abuya" bagi ajaran Ahbash, disamping ajaran mengarut yang disebarkan oleh Abdullah hariri itu.

Budaya takfir dalam perkara khilafiyyah menjadi perkara biasa. Orang yang dituduh wahabi, semuanya adalah mujassimah, kata mereka. Justeru, mereka adalah kafir.

Apabila dinyatakan, bahawa tidak semua wahabi itu mujassimah. Lalu, dikemukakan kitab-kitab Abu hasan Al-Asyari, iaitu kitab Ibanah. Mereka akan mendakwa bahawa kitab itu telah dipesongkan oleh wahabi.

Apabila dikemukakan kitab Al-Fiqh Al-Akbar karangan Imam Abu hanifah yang ada membicarakan soal aqidah; ternyata isu aqidah yang dikemukakan oleh Imam Abu hanifah itu bercanggah dengan cara pemahaman mereka, pasti mereka akan mendakwa bahawa kitab Abu Hanifah diselewengkan oleh Wahabi.

Semua kenyataan ulama Salaf yang tidak sealiran dengan mereka, amat senang untuk mengetahui jawapan mereka. Tidak lain dan tidak bukan, kitab itu diselewengkan oleh Wahabi.

Kalau ini minda Ahbash, tidak hairan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyebut bahawa berdebat dengan golongan ahbash, sama seperti berdebat golongan orang yang tidak berilmu. [lihat fatawa maasarah].

Juga lebih tidak hairan lagi, apabila Dr Wahbah Az-Zuhaili pernah menyebut bahawa Ahbash adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

[2]

Gerakan ahbash ini, bukan sekadar wujud di Lubnan sahaja. Tetapi kini, sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Isu yang dikemukakan adalah, Wahabi dan Salafi. Diserang habis-habisan golongan ini, dengan menempelkan dakwaan yang tidak pernah wujud sama sekali.

Lebih parah, dilebelkan orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai wahabi, waima orang itu bukan wahabi sama sekali. Bertambah parah, apabila mereka memakai kaedah mantiq bodoh, iaitu dengan mendakwa "wahabi itu JI, dan JI itu pengganas atau militant". Justeru, orang yang mereka lebelkan wahabi itu adalah militant, yang sedang tersebar di Universiti-universiti.

[3]

Pelik sungguh dakwaan Ahbash, bahawa mendakwa Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Wahabi, seterusnya JI. Jika benar tuan Guru Haji Abdul Hadi itu mahu kepada kaedah kekerasan dan peperangan, mengapa Tuan Guru terlibat dalam Pilihanraya?

Wahabi menggunakan method Istinbat zahiri, malahan lebih teruk dari Zahiri. Sudah pasti, method mereka akan menghasilkan hukum bahawa tidak boleh terlibat dengan Pilihanraya. Ini pun sudah cukup untuk membuktikan Ahbash ini sudah tersilap dan tersalah dalam menuduh.

Padaku, pihak polis dan pihak jabatan Agama Islam di Malaysia, sama ada JAIS, JAKIM dan sebagainya, wajib melakukan siasatan terhadap Ahbash ini. kerena, sudah ramai ulama-ulama besar di dunia kini telah menyebut bahawa mereka adalah golongan yang sesat, lagi menyesatkan. Antaranya adalah, Dr wahbah Az-Zuhaili.

cuma yang peliknya, kenapa pihak kerajaan masih lagi membela puak-puak Ahbash ini. Ini kerana, terbukti bahawa beberapa tokoh sealiran Ahbash ini wujud JAKIM itu sendiri. Apakah kerajaan mempunyai agenda?

Benar kata orang, "kalau tidak ada agenda jahat, maka itu bukan BN"

Wallahua'lam...

Bila Dr Mahathir tidak belajar sejarah...


Angkasanuri
Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.

Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.

Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.

Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah.
Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.

Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.

Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.

Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.

Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang saya tahu adalah beberapa pimpinan dan tokoh Pas yang menyertai Umno seperti Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini menjadi 'ulama besar' bertaraf mursyidul am dalam Umno.

Hari ini 'ulama-ulama' yang ada dalam Umno merupakan golongan yang tercicir dari jalan dakwah serta mereka yang terpesona atau terpedaya dengan habuan yang ditawarkan oleh Umno dengan cuba mencari jalan pintas dalam perjuangan tanpa memahami sirah sebenar perjuangan yang dibawa Nabi SAW.

Pas memang dikenali tidak pernah tandus tokoh-tokoh ulama yang sentiasa bersilih ganti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Maka Umno yang gerun dengan sokongan padu ulama-ulama muda cuba mencari jalan untuk 'mengislamkan' Umno. Antaranya ditubuhkan ILIM ( Institut latihan Islam Malaysia).

Tetapi sayangnya pusat latihan seperti ILIM ini gagal menyaingi sistem tarbiyyah sudah bertapak sekian lama dalam Pas. Maka lahirlah golongan 'ulama' dari ILIM yang hanya pandai membodek dan mengampu pemimpin Umno seperti Zamihan Mat Zin yang membuat tuduhan bangang bahawa Presiden Pas terlibat dengan JI.

Sebenarnya 'ulama-ulama' Umno seperti Zamihan dan yang sewaktu dengannya bukan akan menguatkan dan membawa imej Islam dalam Umno tetapi sebenarnya menyebabkan Umno terus dipersenda dengan imej Islam 1Malaysia misalnya 'fatwa' menghalakan kerjasama dengan APCO milik Yahudi dan begitu kemaruk hendak meluluskan lesen judi bola

Wallahua'lam...

Wajar kah Imam dan Bilal dibayar gaji???


Semua amalan bergantung pada niat masing-masing, dgn adanya perasaan RIAK, maka amalan itu hanya menjadi sia-sia sahaja, jadi niatlah kerana Allah...

bukan nak mengaibkan, tapi ianya suatu kenyataan yg benar, tak semua pihak. tapi hanya segelintir sahaja yang melakukannya...

jika dilihat pada kawasan kampungku, nak kata pengimarahan masjid tidak seberapa. ianya hanyalah hidup diwaktu senja sahaja, maklumlah waktu itu dah menjadi kebiasaan setiap waktunya...

lebih malang lagi, jika dilihat pada waktu tghari dan asar. tiada langsung jemaah yg dapat turun.
ini kerana sibuk dengan hal duniawi yg diibaratkan hanya sebelah kepak nyamuk jer, berbanding dengan akhirat yg adanya taman abadi...

sama-samalah kita ikhtiharkan bg mengimarahkan rumah-rumah Allah...
Wallahua'lam...;)

Rabu, 5 Mei 2010

Adakah anda dalam kategori lelaki dayus?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Dosa-Dosa & Facebook


Dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, berikut adalah senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

2) Terlebih gambar

3) Penyamaran

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan


utk makluman lanjut silalah ke laman web http://www.zaharuddin.net

Selasa, 20 April 2010

Mcm mana celcom boleh kaya???


Salam pengetahuan untuk anda semua...

menulisnya saya disini, adalah ingin memberitahu pihak tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sekalian, mengenai bagaimana celcom boleh meraih keuntungan yang begitu pantas???

ingin tahu???

saya akan menjelaskan jawapan disebalik tabirnya...

skop yg mudah mari kita lihat, apa akan terjadi apabila seseorang itu tidak menjawab panggilan yang mana keduau-dua itu adalah pengguna CELCOM, sudah semestinya tak sampai 10 deringan ianya akan terus kepada "voice mail" iaitu "panggilan peti suara" yang mana ianya akan dirakam serta dikenakan "charge" yg agak berpatutan.

dan yang mana apabila seseorang itu mendapati telefonnya ada "voice mail" maka ianya akan bertindak untuk mendengar, dan sudah semestinya akan dikenakan "charge" yg agak berpatutan jugalah...

disini kita boleh lihat CELCOM akan mendapati income atas angin melalui dua cara tersebut...

jika lima juta orang menggunakan celcom ini, dan kesemuanya voice mail, peh betapa besarnya keuntungan yg dimiliki oleh celcom tersebut...

jadi disini saya memberi inisiatif, bagi dipihak sana agar mendail "1111" bagi menamatkan voice mail tersebut...

supaya tak tertolak kredit sipemanggil tu (dah lah sipemangil tu ada kredit sikit jer, jadinya teraniayalah ia)...

jadi jangan lihat keadilan itu dari sudut sama rata, ini tidak betul.
tapi lihat keadilan itu dari sudut meletakkan sesuatu kena pada tempatnya...

bukan niat utk memburukkan... tepuk dada, fikir-fikirkan lah...;)
Wallahua'lam...

Selasa, 13 April 2010

Antara satu kekurangan dari wanita, perempuan, muslimat???

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI KAUM HAWA...


Ketika Allah menciptakan wanita,


Malaikat datang dan bertanya

"Mengapa begitu lama wahai Allah?"

Allah menjawab, "Sudahkah engkau lihat semua detail yang AKU buat untuk menciptakan mereka?

2 tangan ini harus bisa dibersihkan, tetapi bahannya bukan dari plastik.

Setidaknya terdiri dari 200 bagian, yang bisa digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.

Mampu menjaga banyak anak saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keterpurukan dan semua dilakukannya dengan 2 tangan ini."

Malaikat itu takjub.

"Hanya dengan 2 tangan? Tidak mungkin!!"

Allah menjawab

"Oh...Tidak! !
AKU akan menyelesaikan ciptaan hari ini, karena ini adalah ciptaan favoritKU.

dia juga akan mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan bisa bekerja selama 18 jam sehari."

Malaikat mendekat dan mengamati bentuk wanita ciptaan Allah itu.

"Tapi Engkau membuatnya begitu lembut ya Allah?"

"Yah...AKU membuatnya begitu lembut, tapi engkau belum bisa bayangkan kekuatan yang AKU berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa?"

"Dia bisa berpikir?" tanya malaikat.

Allah menjawab,

"Tak hanya berpikir, dia mampu bernegoisasi. "

Malaikat itu menyentuh dagunya. . .

"Allah, Engkau buat ciptaan ini kelihatannya lelah dan rapuh!

Seolah terlalu banyak beban baginya."

"Itu bukan lelah atau rapuh...
Tapi itu AIR MATA".


"Untuk apa?"tanya malaikat

Allah melanjutkan :

"AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagian.. "

"ENGKAU memikirkan segala sesuatunya.

Wanita ciptaanMU ini akan sungguh menakjubkan! "

"Ya harus . . ! Wanita ini akan mempunyai kekuatan mempesona bagi laki-laki.

Dia dapat mengatasi beban bahkan laki-laki..

Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.

Dia mampu tersenyum bahkan saat hatinya menjerit.

Mampu menyanyi saat menangis, menagis saat terharu, terharu saat tertawa, bahkan tertawa
saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.

Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.

Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.

Dia membawa temannya yang sakit untuk berobat.


*CINTANYA TANPA SYARAT*

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.

Dia senang dan tersenyum saat melihat temannya tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian

Tetapi dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup,

dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.



Hanya 1 Kekurangan dari Wanita...

.........................................................DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA

Khamis, 8 April 2010

Khas untuk serikandi2 kesayanganku...


Assalammualaikum, dan salam ziarah...

Suatu kisah

Assalammualaikum
Khas untuk serikandi2 kesayanganku. ..

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

Semoga Allah memberkatimu..

Wallahua'lam...

Isnin, 5 April 2010

Berkat ayat yang diajarkan oleh ibuku...


Salam perkhabaran buat saudara-saudara seislamku...

Semoga dalam keadaaan sihat walafiat yer...

Tujuan ku menulis pada hari ini(Isnin-5/4), adalah untuk menyampaikan suatu ayat yang mana, ibuku ada memesan padaku, sekiranya terdapat masalah bacalah ayat ni wahai anakku...

Alhamdullilah, setelah beberapa hari ku mengamalkan ayat tersebut pada hari ini ku berasa bersyukur kerana dapat merasai ketenangan yang amat sangat...

Pada hari ini juga, telah berlalunya dua perkara yang amat penting bagi ku... iaitu Test Arab pagi tadi dan skrng ni Final presentation(BEL492).... begitu tenang ku menghadapinya, tak ku jangka yang ku adalah orang yang pertama yang kena present...

lega juga akhirnya, .... skrng ni air pasang surut ku kini berada di tahap dada(selamat lah juga)...

Lupa nak bagitahu tentang amalan ayat ku.... ku mengamalkan, ayat selawat Tafrijiyah dan ayat Seribu Dinar... Amalkan nya semoga ianya memudahkan urusan anda jua nanti...

Wallahua'lam...

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan