Isnin, 1 Februari 2010

Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor...


JOHOR BAHRU 28 Jan. – Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di sini, pada pukul 3.20 petang.

"Setelah diisytiharkan sebagai sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor,” isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta diraja Johor. - Bernama

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan