"MOTO"

Rabu, 31 Mac 2010

LEMAHNYA DIRI INI.. Rasanya nak "Quit" jer...

As'salamualaikum, kenapa diriku lemah sebegini, sedangkan masa ku diploma dulu, ku kuat dan tabah menghadapi ujian, tak kira masa dan apa jua keadaan yang menimpa diriku ini.

Mungkin sampai sini sahaja kot, pembelajaran ijazah ku di semester ketiga ini, tak tahu nak katakan apa lagi, hanya ku mampu berserah kepada Allah sahaja.

adakah ianya datang dari silapku sendiri, atau tekanan dan paksaaan dari seseorang dan sesuatu yang ku tak beberapa suka, ini nampak lebih jelas jika dikatakan masa dan minggu ni, ku menghadapi saat-saat genting, bak kata mak ku, air dah paras hidung...

itu tandanya, hidup ku sebagai pelajar akan berakhir atau sebaliknya, jika ku mampu menempuhinya. tepuk dada tanyalah diri sendiri yer.. sampai ku terus buka laman web pekerjaan, maklumlah dah banyak tekanan sangat..

insya'Allah, jika ada kesempatan, masih boleh untuk kita berubah... bak kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan yang binasa. wallahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Semoga Anda diRahmati dan diLindungi Allah S.W.T...

Masa Lapang Sebelum Masa Sempit...

Salam Ukhwwah...

Salam perjuangan... http://www.harakahdaily.com/

iklan

iklan

Tayangan

Loading...