Khamis, 30 Disember 2010

10 FARDHU MUSLIM



10 fardhu muslim

  • AQIDAH YANG SEJAHTERA (SALIMUL AQIDAH)
  • IBADAH YANG BETUL (SOHIHUL IBADAH)
  • AKHLAK YANG MANTAP (MATINUL KHULUK)
  • PERMIKIRAN YANG BERWIBAWA (MUTSAQQAFUL FIKR)
  • KUAT TUBUH BADAN (QAWIYUL JISMI)
  • BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN (NAFI'UN LI GHAIRIH
  • MAMPU MELAKUKAN GERAK KERJA (QADIRAN' ALA KASBI)
  • TERATUR DALAM URUSAN (MUNAZOMAN FI SHU-UNIH)
  • MENJAGA WAKTU (HAARISON' ALA WAQTIHI)
  • MELAWAN HAWA NAFSU (MUJAHIDUN NAFSI)

*Adakah anda telah mencapai sebagai individu muslim yg disenaraikan diatas???

Isnin, 13 Disember 2010

JOM MEMANCING UDANG GALAH



PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan

  1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

  1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
  2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
  3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

  1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

  1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

  1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
  6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
  7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

  1. Pertuturan harus dijaga.
  2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
  3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
  4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
  5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING"

Sabtu, 4 Disember 2010

Tarbiah bersama keluarga...


Salam tercinta buat keluargaku...

Alhamdulillah, sudah sekian lama menanti saat-saat bersama keluarga akhirnya dapat juga bersama mereka...

Sudah sekian lama bergerak kerja di kampus, kini masanya utk ku berbakti pada kedua-dua org tuaku, yg mana ajal maut tak mengira masa, tempat dan waktunya...

Oleh itu, diwaktu cuti ni, ingin ku manfaatkan sepenuh masa, tenagaku buat keluargaku...

Masa inilah kerja-kerja berat akan dilaksanakan seperti, berkebun, mengemas rumah, sama ada dalam dan luar rumah, dan banyak lagi perkara yg nak dibuat disamping perlu juga terbiah diri, dengan usrah-usrah kawasan... insya'Allah

semoga diwaktu ni dapat ku manfaatkan sepenuhnya...

Wal-asr=demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yg berpesan-pesan kepada kebenaran dan penuh kesabaran...

Wahai org yg beriman! jgnlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta amanah yg telah dipercayakan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui.  (Surah al-anfal ayat 27)

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan