Isnin, 21 Februari 2011

kesempatan dalam berpolitik...


Alhamdulillah, tamat jua modul ku utk sem ini, dan diperlihat keadaan sekarang yang menghampiri PRU yg ke-13, jadi dah nampak tanda-tanda politik yg dimainkan diperingkat kampus, lebih-lebih lagi di uitm ini.

Sepintas lalu, dan sekadar makluman buat pembaca blog ini, yang mana setiap agenda kerajaan pasti akan diselitkan dengan beberapa modul khas, dengan tujuan bagi brain wash kepada student, tapi jika dilihat tidak semudah itu utk mereka mengaburi pandangan mahasiswa yang dah celik dengan dunia skrng yer...

jadi nya baru-baru ini, ku telah mengikuti beberapa slot modul yg terdiri daci ceramah dan juga ldk, yg hanya menyentuh pasal politik semata-mata. oleh yg demikian, yang mana terdapat juga ahli j dahulu, yg mana tak memahami konsep SIRRRRRRRRRR, maka ianya dengan sambil lewa akan mempamerkan dirinya akan sifat kebangkangan...

Dan bagi yg memahami, sudah pastinya terdapat pelbagai cara dalam, menngatasinya... sebutlah apa-apa pun, asalkan ianya mampu mengharuginya..

Wallahua'alam, selamat berkempen kepada yg berkempen...

Isnin, 14 Februari 2011

HANTU KAK LIMAH(Setiap sesuatu yg dibuat pasti ada pengajarannya)


Salam maulidurRasul diucapkan buat sahabat-sahabat tercinta...

Selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,
dengan adanya pprogram sedemikian, marilah kita berusaha bagi menggerakkan lidah kita dengan berselawat sebanyak-banyaknya, agar di akhirat kelak dikurniakan shafaat bagi umatNYA, insya'Allah...

berbalik dengan tajuk yg diutarakan seperti diatas, iaitu sesuatu yg dibuat pasti ada pengajarannya, bahasa lain dipanggil story

Pada pandangan saya sendiri, komen cerita bagi Hantu Kak Limah Balik rumah tu, bukan sahaja sebagai komedi juga, tapi ada mesej utama yg nak disampaikan pada penonton sekali.

Pengajaran yg pertama yg dapat disampaikan iaitu, jika kita lihat permulaan ceritanya seorang pengawal keselamatan yg cepat sangat menyangka benda itu adalah hantu!!! padahal ianya menunjukkan suatu constructor sedang membuat pembinaan...

Yang mana filem ini, sedikit sebanyak, menyindir orang melayu, yang sikit-sikit hantu, sikit-sikit hantu kan.. jadinya bila buat sesuatu perkara tu, kenalah ada asas nya....

Jadi bagaimana pula pandangan anda berkenaan dengan cerita ini, adakah sekadar penghibur buat diri anda atau apa-apalah yg bermain difikiran anda, jangan selubungi diri anda dengan misteri....

Wallahua'lam..

Rabu, 2 Februari 2011

Perlunya kuasa dan perlunya bersuara...

alhamdulliah, kini masjid tanah lahirku bergema dengan seruan yg memanggil umatnya bertemu Allah, di rumahNya.

Sekian lama menanti saat ini, akhirnya dimaqbulkan Allah, setelah pengaduan yg di buat di jabatan agama islam johor melalui sistem aduan nya di web site nya tersendiri, akhirnya ada juga tindakan yg dilaksanakan demi kemashalatan penduduk kampung disini...

maklumlah jika tiada jemaah dalam satu waktu tu, tak kan berdosa satu kampung ni kan...

jadinya setelah aduan dibuat, dan datanglah pihak penyelaras masjid bagi memastikan aduan yg dibuat itu bukannya satu fitnah atau khabar angin semata-mata...

dan selepas itu, dimintanya utk ku menyerahkan surat amaran kepada imam berkenaan. maklumlah, kan imam dan bilal dibayar gajinya satu waktu RM3 dan sekarang RM5 per waktu.

jika satu hari dah RM25, jika sebulan darablah dengan 30 yer...

dan sekembalinya ku ke kampung halaman serta memerhatikan keadaan sekeliling dan juga rumah Allah, alhamdulillah ianya kembali diimarahkan dengan begitu baik, walaupun jumlah makmumnya sedikit adalah dalam 4, dan 5 orang utk zuhur dan asar... jika maghrib tu adalah satu saff...

Wallahua'lam...

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan