Isnin, 14 Februari 2011

HANTU KAK LIMAH(Setiap sesuatu yg dibuat pasti ada pengajarannya)


Salam maulidurRasul diucapkan buat sahabat-sahabat tercinta...

Selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,
dengan adanya pprogram sedemikian, marilah kita berusaha bagi menggerakkan lidah kita dengan berselawat sebanyak-banyaknya, agar di akhirat kelak dikurniakan shafaat bagi umatNYA, insya'Allah...

berbalik dengan tajuk yg diutarakan seperti diatas, iaitu sesuatu yg dibuat pasti ada pengajarannya, bahasa lain dipanggil story

Pada pandangan saya sendiri, komen cerita bagi Hantu Kak Limah Balik rumah tu, bukan sahaja sebagai komedi juga, tapi ada mesej utama yg nak disampaikan pada penonton sekali.

Pengajaran yg pertama yg dapat disampaikan iaitu, jika kita lihat permulaan ceritanya seorang pengawal keselamatan yg cepat sangat menyangka benda itu adalah hantu!!! padahal ianya menunjukkan suatu constructor sedang membuat pembinaan...

Yang mana filem ini, sedikit sebanyak, menyindir orang melayu, yang sikit-sikit hantu, sikit-sikit hantu kan.. jadinya bila buat sesuatu perkara tu, kenalah ada asas nya....

Jadi bagaimana pula pandangan anda berkenaan dengan cerita ini, adakah sekadar penghibur buat diri anda atau apa-apalah yg bermain difikiran anda, jangan selubungi diri anda dengan misteri....

Wallahua'lam..

1 ulasan:

  1. BIODATA RASULULLAH SAW
    · Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    · Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
    · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
    · Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
    · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
    · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

    BalasPadam

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan