Rabu, 2 Februari 2011

Perlunya kuasa dan perlunya bersuara...

alhamdulliah, kini masjid tanah lahirku bergema dengan seruan yg memanggil umatnya bertemu Allah, di rumahNya.

Sekian lama menanti saat ini, akhirnya dimaqbulkan Allah, setelah pengaduan yg di buat di jabatan agama islam johor melalui sistem aduan nya di web site nya tersendiri, akhirnya ada juga tindakan yg dilaksanakan demi kemashalatan penduduk kampung disini...

maklumlah jika tiada jemaah dalam satu waktu tu, tak kan berdosa satu kampung ni kan...

jadinya setelah aduan dibuat, dan datanglah pihak penyelaras masjid bagi memastikan aduan yg dibuat itu bukannya satu fitnah atau khabar angin semata-mata...

dan selepas itu, dimintanya utk ku menyerahkan surat amaran kepada imam berkenaan. maklumlah, kan imam dan bilal dibayar gajinya satu waktu RM3 dan sekarang RM5 per waktu.

jika satu hari dah RM25, jika sebulan darablah dengan 30 yer...

dan sekembalinya ku ke kampung halaman serta memerhatikan keadaan sekeliling dan juga rumah Allah, alhamdulillah ianya kembali diimarahkan dengan begitu baik, walaupun jumlah makmumnya sedikit adalah dalam 4, dan 5 orang utk zuhur dan asar... jika maghrib tu adalah satu saff...

Wallahua'lam...

1 ulasan:

  1. Tiada Islam tanpa Jemaah, tiada Jemaah tanpa orang Bersuara :)

    BalasPadam

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan