Jumaat, 25 Mac 2011

Alhamdulillah Selesai satu program...;)


Sebagai Pengarah program KOIR AMAL 2011 ni, byk juga perkara-perkara yg ku kena rush sewaktu sebelumnya program dan juga diwaktu akhir-akhir program, kerana bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar...

Yg mana sebulan juga, pelajar kelab ku diberi waktu utk menghafal bahasa isyarat, yg mana ada waktu-waktu tertentu yg menyebabkan ku clash dgn program wasilah...

dan kini tamat lah sudah program amal tersebut, yg mana segala hasil jualan kupon akan disumbangkan sepenuhnya kepada sekolah anak-anak pekak dan bisu yg mana ada segelintir daripadanya ditinggalkan ibu bapanya...

pada akhir rehearsal semalam tepat jam 4.10pm kami bermula berraptai penuh, dan berakhir 5.45pm, dan diasmping membuat persediaan awal bagi mengadakan persembahan pada malam nya,

dan penantian ku berakhir pada jam 722pm, apabila kehadiran adik-adik dari sekolah pendidikan khas selangor disambut lembut oleh tangan ku, ku begitu terpesona dengan gelagat adik-adik,

seterusanya ku terus membawa mereka ke surau bagi menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum program bermula...

setelah selesai solat, kami pun bergegas ke pusat persalinan pakaian utk adik-adik ini. dan bermula jam 822pm pengerusi majlis siap memberi kata-kata aluan dan dimulakan dengan persembahan yg pertama dari group sekelas ku jua...

dengan lagunya baik-baik sayang dan gemuruh jiwa, hasil persembahan mereka amat dikagumi penonton, ini kerana bahasa isyarat yang dipamerkan hanya dengan menggunakan jari dan tangan sahaja...

begitulah keadaan seterusnya hingga ke akhir group yg akan mempersembahkan isyarat tangannya...

Isnin, 14 Mac 2011

Cuba Cari Jalan!!!

Lontaran dalam hatiku sering berbicara, mengapa masa ini sering kali disia-siakan dengan begitu sahaja, bak kata ibuku, yg mana masa ini tidak akan berulang balik, oleh itu perlunya bijak dalam mengurus masa, lebih-lebih lg sebagai seorang pelajar disamping juga sebagai Dai'e illallah...

Justeru saya sendiri sering mengingatkan petua yg disampaikan oleh ustaz kami ketika di madrasah Nuqaba, yang mana kita sebagai ahli gerakan perlu faham akan fungsi dan setiap tugas kita akan dilaksanakan, lebih-lebih lagi diri ini sebagai seorang pemimpin...

Yang mana ustaz mengingatkan yang kita ini,"perlu cari Jalan, janganlah kita mencari Alasan..."

Terdetik dihatiku, yg mana kita kenalah muhasabah diri kita sebagai ahli gerakan...

Tanpa kita siapalah yang akan menggerakkan gerak kerja Islam ini...

Banyak disebutkan perkara-perkara berkenaan masa ini, contohnya(ringkas):-
1-Didalam Al-Quran Surah Al-Asr(Demi Masa)
2-Dalam Sabda Nabi Muhammad s.a.w berkenaan Lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
3-Didalam buku haraki juga ada diperingatkan berkenaan dengan masa iaitu tajuknya Detik-detik masa dalam kehidupan Muslim(Pengurusan masa menurut Islam) hasil tulisan dari Dr.Yusuf Al-Qardawi
dll...

Oleh itu, tak ada sebab kenapa kita tidak dapat menguruskan masa ini dengan sebaik-baiknya kerana banyak panduan yg boleh kita ikuti dan pelajari berkenaan dengan pengurusan MASA....

Jadi pesanan saya buat sahabat-sahabat disana "Bersama-samalah kita mencari Jalan dan jangan lah kita mencari Alasan"

Wallahu'alam...

Sabtu, 12 Mac 2011

Sajian ku khas buat Sahabat-sahabat...

Resepi roti tembok, iaitu roti kegemaranku selepas roti canai...

Sediakan ramuan seperti berikut:-

1-Minyak Sapi
2-Garam
3-Air suam
4-Tepung

Cara-caranya:-

1-Gaulkan garam dengan tepung,
2-Cairkan minyak sapi,
3-Masukkan tepung,
4-Gaulkantepung dengan minyak sapi,
5-Sehingga rata masukkan air suam,
6-Gaulkan samapai menjadi doh,
7-Leperkan,
8-Goreng...

*jika tiada minyak sapi, boleh guna majerin dan yang seumpama dengannya...

Selamat mencuba...;)

Khamis, 10 Mac 2011

dunia fantasi akan menjadi realiti?...

Bermulanya satu perjalanan yang ku alami pada suatu ketika, dimana ketika itu ku oergi seorang diri ke tempat yg ingin ku tujui, apabila ku tiba disana, diri ku merasa tidak sedap badan....

lalu ku terus bergegas pulang dengan menaiki sebuah bus yg tiada berpenghuni didalamnya, memang agak aneh juga dibuatnya...

ketika dalam perjalanan pulang, ku dapat merasakan bahawa pemandu bus tersebut mempunyai niat jahat, agaknyalah dalam diriku ini...

hampir 20 minit ku dalam bus tersebut, dan tiba suatu selokoh itu pemandu itu terus mengambil selekoh yg lain, dan kini baru menyedari diriku diperangkap...

ketika itu, ku hanya dapat mendengar driver bus itu tergelak sendirian sahaja, ku tidak mengetahui dimana dia akan membawaku...

dan pecutan semakin laju, dan menyebabkan bus itu terbabas, lantas ku bertidak utk terjun dari bus tersebut sbl bus itu terbabas...

pada ketika itu, setelah ku terjun dari bus, akibatnya badan ku terasa sakit dan juga pening...

tiba-tiba datang 4 hingga 5 orang lelaki yang tak ku kenali, dia mengepong diriku, ku cuba utk mengelak tapi ku tidak berdaya pada awalnya...

lantas salah seorang dari pada 5 orang itu mengeluarkan picagari bagi menyucuk pada badan ku, ku hanya membiarkan sahaja dia menyucuk pada lengan kiri ku..

kesan pada awalnya, ku berasa agak pening, dan ku cuba utk melarikan diri, dan ku terlepas dari perangkap mereka...

ku cuba mencari jalan keluar dari bangunan tersebut, dalam ketakutan itu, ku dapat merasakan jalan keluar hampir tiba...

dalam klimaks ini, hampir 27 minit ku mencari jalan keluar, akhirnya jumpa juga...

lantas ke segera menguatkan diri bagi mengelakkan diriku diapa-apakan di tempat berkenaan..

Wallahua'lam...

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan