Isnin, 14 Mac 2011

Cuba Cari Jalan!!!

Lontaran dalam hatiku sering berbicara, mengapa masa ini sering kali disia-siakan dengan begitu sahaja, bak kata ibuku, yg mana masa ini tidak akan berulang balik, oleh itu perlunya bijak dalam mengurus masa, lebih-lebih lg sebagai seorang pelajar disamping juga sebagai Dai'e illallah...

Justeru saya sendiri sering mengingatkan petua yg disampaikan oleh ustaz kami ketika di madrasah Nuqaba, yang mana kita sebagai ahli gerakan perlu faham akan fungsi dan setiap tugas kita akan dilaksanakan, lebih-lebih lagi diri ini sebagai seorang pemimpin...

Yang mana ustaz mengingatkan yang kita ini,"perlu cari Jalan, janganlah kita mencari Alasan..."

Terdetik dihatiku, yg mana kita kenalah muhasabah diri kita sebagai ahli gerakan...

Tanpa kita siapalah yang akan menggerakkan gerak kerja Islam ini...

Banyak disebutkan perkara-perkara berkenaan masa ini, contohnya(ringkas):-
1-Didalam Al-Quran Surah Al-Asr(Demi Masa)
2-Dalam Sabda Nabi Muhammad s.a.w berkenaan Lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
3-Didalam buku haraki juga ada diperingatkan berkenaan dengan masa iaitu tajuknya Detik-detik masa dalam kehidupan Muslim(Pengurusan masa menurut Islam) hasil tulisan dari Dr.Yusuf Al-Qardawi
dll...

Oleh itu, tak ada sebab kenapa kita tidak dapat menguruskan masa ini dengan sebaik-baiknya kerana banyak panduan yg boleh kita ikuti dan pelajari berkenaan dengan pengurusan MASA....

Jadi pesanan saya buat sahabat-sahabat disana "Bersama-samalah kita mencari Jalan dan jangan lah kita mencari Alasan"

Wallahu'alam...

1 ulasan:

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan