Isnin, 30 Mei 2011

Sekadar Perkongsian(Kuliah Rutin)...

Seperti biasa setiap hari Isnin, di tempat ku ada mengadakan kuliah agama secara rutin setiap minggu...

Yang mana diselangselikan dengan dua orang ustaz sahaja...

Apa yg nak dikongsikan iaitu:-

1-Berkenaan kepentingan ilmu, dimana dalam hadis ada menyebutkan menuntut ilmu adalah wajib kepada orang Islam iaitu lelaki dan perempuan, barangsiapa yg tidak menuntut ilmu maka berdosalah mereka.

-Ada petikan hadis yang lain, dimana "tuntutlah ilmu dari awal buian sehingga ke liang lahad", dimana untuk menuntut ilmu ini tidak mengira usia asalkan ada usaha pada diri mereka sendiri.

-Contohnya:- Ilmu berkenaan solat, perlu dipelajari kerana ianya suatu kemestian dan wajib dilaksanakan solat tersebut secara tertib. Tanpa ilmu, bagaimana solatnya, dari segi pembacaan al-fatehah nya, yg mana apabila salah membacanya maka TIDAK SAH solatnya.


2-Bagaimana yg dikatakan orang beriman itu mengenal Allah:-

-Beriman kepada Allah iaitu dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, maka dengan ini kita sebagai org yg beriman hendaklah meninggalkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat.

-Beriman kepada Rasul iaitu dengan mengikuti segala sunnahnya, dimana terpadat kategeri sunnah yg kita harus tahu iaitu:
a) Sunnah Wajib
b) Sunnah Sunat
c) Sunnah Haram

-Beriman kepada Malaikat iaitu dengan mengetahui dan mengenal malaikat-malaikat, dari segi istilah dan bahasa.

-Beriman kepada Quran iaitu dengan:
a) Yakin akan setiap ayat yang dinyatakan dalam al-Quran
b) Berikrar dengan lidah iaitu kita membaca al-Quran beserta maksud dan tafsiranya sekali
c) Beramal dengan setiap perkara yang terkandung didalamNya.

Dimana terdapat tiga golongan iaitu:
1) Kafir iaitu menolak segala hukum yg ada didalam al-Quran
2) Fasik dan Munafik iaitu mereka yang membacanya tetapi mereka tidak mengikuti apa yang dipanduka oleh al-Quran
3) Islam yang beriman iaitu mereka ini yang membacaNya dan melaksanakan segala perkara yang terkandung didalam al-Quran...

Jadi dimanakah tahap anda dalam beriman kepada al-Quran???

Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan