Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan Karim(Peringatan buat diri)...



Kini sampai lah ke penghujung Sya'ban, dan beberapa hari lagi akan tibanya Bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga dengan kedatangannya kita mampu untuk mengubah segala amal perbuatan diri ini kearah perkara-perkara yang ma'ruf.



Sehubungan dengan itu, marilah kita sama muhasabah diri bersama, sepanjang bulan Rejab dan Sya'ban ini adakah sudah mencukupi amalan yang kita lakukan. oleh yang demikaian tepuk dada tanya iamn masing-masing...



Ternyata, didunia ini kita perlu menjaga dua hubungan:-



1: Hubungan kita dengan Allah s.w.t

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan ini, seharusnya kita sekarang ini dalam kategori basic iaitu diperingkat beriman, diman kita perlu upgrade keimanan kita kepada sifat TAQWA iaitu yang ditafsirkan dalam Al-Quran Surah Al-Bawarah ayat dua; "Taqwa ertinya memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan, bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada siksa dan kemurkaan Allah dengan menjalankan undang-undang peraturan serta hukum-hukum perintahNYA".



2:Hubungan sesama manusia


Apabila kita melakukan kesalahan sesama manusia wajib untuk kita memohon kemaafan dari nya, kerana dosa kita tidak akan diampunkan Allah selagi kita masih berdosa dengan sesama manusia. Oleh sebab itu, Islam menitik beratkan hubungan sesama manusia, dengan jiran yang 40 kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.



Bagaimana diri anda?





Rabu, 6 Julai 2011

Nikmat Taubat yang selama ini terlepas pandang...


Salam mujahadah buat pembaca blog ini...

Sekadar perkongsian, seharian hari ini ku ke Klinik Batu Pahat, selepas tu ke Hospital Batu Pahat pula, pada awalnya ku merancang utk membaca buku Haraki semasa menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor, tapi malangnya ku tertinggal pula buku harakinya dirumah.

Tepat jam 10:23 pagi ku tiba di Klinik Batu Pahat, dimana disitu ku hampir menunggu satu jam lebih kerana ramai pesakit-pesakit yang hendak bertemu dengan doktor.

Tiba jam 11 pagi lebih, maka tibalah giliranku bertemu dengan doktor. Maka di buat pemeriksaan keatas ku... sehinggalah ku harus bertemu doktor Pakar bagi masalah kesihatan yg ku alami ini.

Setelah mengambil ubat, ku terus ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan susulan.
Setibanya disana jam menunjukkan jam 12.15 tghari. Waktu itu, untuk menunggu mungkin mengambil masa 2 jam... huhu memang agak menguji kesabaran...

Lantas ku pun keluar untuk mencari risalah atau bahan bacaan dikedai-kedai yg berhampiran. Setibanya di kedai tersebut, ku terus terjah ke arah buku-buku yg terdapat disitu.

Ku pun membelek satu persatu buku disitu yang mana akan menjadi pilihan hati ku. Setelah hampir 15 minit, ku terjumpa satu buku iaitu "TAUBAT SEBELUM MAUT". Setelah meneliti, ku pun terus membayarnya dengan harga RM 8 sahaja.

Ku pen terus berjalan kembali ke pusat rawatan ku, sambil menunggu ku terus membaca buku tersebut, alhamdulillah, ada lah input-input jika nak bagi ceramah dimana-mana masjid nanti...

Dimana setiap Insan yg hidup didunia ini, pasti akan terlepas pandang akan soal TAUBAT, taubat juga merupakan satu nikmat yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh selagi mereka tidak mensyirikkan Allah s.w.t.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita akan dosa-dosa yg pernah kita lakukan dahulu, dengan itu kita akan melaksanakan taubat dengan penuh keinsafan. Dimana ada syarat-syarat taubat yg perlu setiap individu itu mengetahui iaitu:-

1: Menyesal di atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
2: Meninggalkan sepenuhnya perbuatan jahat yang dilakukan
3: Berjanji serta berazam tidak akan mengulangi segala kesalahan yang dilakukan.

Maka dengan ini, mudah-mudahan taubat kita akan diterima Allah s.w.t

Dimana ada dua keadaan taubat hambanya yang tidak diterima iaitu:

1: Semasa nyawanya sudah sampai di kerongkong.
2: Apabila matahari terbit sebelah Barat.

Akhir kata, penuhilah hidup ini dengan istigfar kepada Allah, sedang nabi Muhammad s.a.w pun beristigfar kepada Allah s.w.t.

Semoga mendapat manfaat bersama, Wallahua'lam....

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan