Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan Karim(Peringatan buat diri)...



Kini sampai lah ke penghujung Sya'ban, dan beberapa hari lagi akan tibanya Bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga dengan kedatangannya kita mampu untuk mengubah segala amal perbuatan diri ini kearah perkara-perkara yang ma'ruf.



Sehubungan dengan itu, marilah kita sama muhasabah diri bersama, sepanjang bulan Rejab dan Sya'ban ini adakah sudah mencukupi amalan yang kita lakukan. oleh yang demikaian tepuk dada tanya iamn masing-masing...



Ternyata, didunia ini kita perlu menjaga dua hubungan:-



1: Hubungan kita dengan Allah s.w.t

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan ini, seharusnya kita sekarang ini dalam kategori basic iaitu diperingkat beriman, diman kita perlu upgrade keimanan kita kepada sifat TAQWA iaitu yang ditafsirkan dalam Al-Quran Surah Al-Bawarah ayat dua; "Taqwa ertinya memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan, bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada siksa dan kemurkaan Allah dengan menjalankan undang-undang peraturan serta hukum-hukum perintahNYA".



2:Hubungan sesama manusia


Apabila kita melakukan kesalahan sesama manusia wajib untuk kita memohon kemaafan dari nya, kerana dosa kita tidak akan diampunkan Allah selagi kita masih berdosa dengan sesama manusia. Oleh sebab itu, Islam menitik beratkan hubungan sesama manusia, dengan jiran yang 40 kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.



Bagaimana diri anda?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan