Sabtu, 20 Ogos 2011

Surah Al-A'raf


Surah Al-A'raf, Ayat 179:-

Bermaksud: "Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah"

Perhatikan serta perhalusi maksud sama ada maksud yang tersurat ataupun yang tersirat, dimana kita sebagai hamba Allah s.w.t, hendaklah menggunakan 5 pancaindera yang Allah anugerahkan kepada kita ini, supaya bersyukur lantas menggunakannya kearah jalan-jalan yang diredhaiNYA.

Justeru kita sebagai orang Islam, atau orang Muslim hendaklah menyedari akannya, yang kita ini dianugerahi pelbagai nikmat, dan nikmat yang terbesar bagi kita iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.

Oleh itu, sejauh manakah kita memanfaatkan pancaindera dan anggotra badan kita dalam melaksanakan kerja-kerja Islam???

Mungkin diakhirat kelak, Allah Azza Wa Jalla akan bertanya, semasa kamu hidup dimuka bumi itu, apakah kerja-kerja Islam yang engkau telah laksanakan??? apa kita nak jawab di depan Allah s.w.t???

Maka dengan itu, amat sia-sialah kehidupannya dimuka bumi tersebut selagi ianya tidak melaksanakan kerja-kerja Islam, nak kata kerja-kerja Islam ini, bukan sekadar berdakwah sahaja, kita menginfaq kan harta pada jalan Allah s.w.t pun itu satu kerja-kerja Islam.

Oleh itu tanyalah pada diri masing-maisng adakah aku telah melaksanakan kerja-kerja Islam pada hari ini???

Wallahua'lam...

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan