Selasa, 6 September 2011

Surah Al Hajj (Proses kejadian manusia)


Surah Al-Hajj Ayat:5

"Wahai manusia jika kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu; dan kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, (kemudian beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan)di atasnya, hiduplah bumi itu menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah"

Jika kita memahami isi kandung al-Quran, pasti kita akan memuji Allah s.w.t selalu dan setiap masa. Oleh yang demikian, lihatlah faktor kejadian juga menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t kepada hambanya yang bergelar manusia.

Sampai bila kita ini nak menyombong di atas muka bumi ini, bahkan mati nya kita ini akan ditanam didalam tanah jua, iaitu kembali ke tempat asal kita iaitu tanah. Justeru, muhasabah diri kita, apakah tujuan hidup kita diatas muka bumi ini, kebanyakkan yang mereka ini, masih lg tidak menyedari asal dan tujuan hidup mereka ini.

Semakin lama usia kita semakin dekat ajal kita dalam menghadapi maut. Orang yang bertaqwa akan sentiasa bersedia dengan amalnya bagi menghadapi hari kematiannya.

to be continue...


Ahad, 4 September 2011

Surah Al-Kha'fi

Surah Al-Kha'fi, Ayat: 46
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
1-Jika diperlihatkan keadaan sekarang, setiap daripada kita memiliki harta, oleh sebab itu Quran mengatakan harta terlebih dahulu kemudian di ikuti anak.
2-Nak digambarkan di sini, semua orang mampunyai harta, tak kira banyak ataupun sedikit, dengan harta yang kita ada, ianya bolehlah disalurkan kepada sesiapa yang berkenaan bagi tujuan membantu kehidupannya.
3-Harta kini boleh dikeluarkan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Islam, iaitu dengan berzakat. Apabila berzakat, ianya dapat membersihkan harta kita.
4-Dan antara kategori-kategori orang yang layak menerima zakat ada peringkat-peringkatnya:-

1. Fakir: orang yang tidak ada harta yang cukup untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti orang yang memerlukan sepuluh ringgit tetapi dia hanya memiliki 3 ringgit sahaja.

2. Miskin: Orang yang hanya memiliki sesuatu untuk keperluan dirinya akan tetapi ianya tidak mencukupi, seperti seorang yang memerlukan 10 ringgit tetapi dia hanya memiliki 8 ringgit sahaja.

3. Amil-Amil yang menguruskannya: iaitulah pegawai-pegawai yang membantu pemerintah mengutip dan mengagihkan zakat.

4. Muallaf yang dijinakkan hatinya: Mereka orang yang baharu memeluk islam yang dijangka dengan memberikan zakat kepada mereka akan menguatkan lagi islam mereka.

5. Hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri: iaitu hamba mukatab (المكاتب) yang telah berakad dengan tuan yang memeliki mereka untuk membayar secara ansuran. Dia menjadi merdeka apabila selesai melangsaikan bayaran tersebut. Maka zakat diberi kepada golongan hamba ini apabila mereka tidak mampu menjelaskan ansuran tersebut.

6. Orang-orang yang berhutang: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.

7. Orang-orang yang berada pada fisabilillah: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.

8. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan dalam musafir yang diharuskan. Inilah 8 golongan yang berhak menerima zakat. Jika saudara termasuk di dalam salah satu golongan di atas maka saudara layak menerima zakat, jika tidak serahkanlah zakat tersebut kepada golongan yang layak. (Sila rujuk al-Fiqh al-Manhaji. Jld 1, ms 320-322)

5-Jika dilihat makna surah al-Kha'fi itu, anak juga merupakan perhiasan dunia. Dimana anak ini adalah anugerah Allah Azza Wajalla. Oleh itu, perhiasilah anak-anak anda dengan didikan agama yang sempurna, tanpa ada didikan yang sempurna, kelak ianya pasti jauh dari agama.
6-Dan seterusnya Quran mengatakan, amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik. Dimana yang dimaksudkan iaitu "Istiqamah" ketetapan atau keberlangsungan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang baik. Nabi bersabda: buatlah suatu amalan itu dengan berterusan walaupun sedikit"
7-Sebagai contoh: jika kita laksanakan solat dhuha pagi tu, jika tak larat nak buat sampai 12 Rakaat, buat dua rakaat pun dah memadai, asalkan dibuat setiap hari...

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan