Rabu, 2 November 2011

Ingat akan hari kematian - Surah Ali Imran:- ayat 185

Kematian adalah hakikat bagi sebuah kehidupan. Nabi SAW menggalakkan kita agar sentiasa mengingatinya, agar kita tidak leka dengan kehidupan sementara yang tidak kekal ini.

Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Ali Imran ayat 185 bermaksud:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Umur kita semakin pendek, masa yang tinggal tidak banyak, tetapi kita masih leka dan lupa. Kematian seseorang sepatutnya boleh menyedarkan kita dari lena yang panjang. Manusia hanya ada dua kumpulan saat kematiannya. 
Kumpulan yang pertama adalah mereka yang tidak bimbang dengan hari akhirat kerana amal baiknya dan tidak sedih dengan apa yang bakal ditinggalkannya daripada dunia serta ahli keluarganya. 
FirmanNya dalam surah Fussilat ayat 30 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa. Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita. Dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Kumpulan yang kedua pula adalah mereka yang kufur dan melakukan kezaliman. 
Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 93 bermaksud:
Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratu al-maut, sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan sesuatu yang tidak benar, dan kamu pula sombong takabbur akan ayat-ayat keteranganNya.

 kredit kpd:-
http://hjanhar.blogspot.com/2011/11/cukuplah-mati-sebagai-peringatan.html

Menilai di tahap mana keikhlasan pada diri anda.

Surah Al-Hijr : Ayat 39-40;

Maksudnya: Iblis berkata "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka, dan aku akan menyesatkan semuanya" (39). "kecuali hamba-hambamu yang terpilih diantara mereka" (40).

Ayat Surah Al-Hijr ini, jelas membuktikan, bahawa iblis-iblis dan syaiton-syaiton ini akan terus berusaha utk menghancurkan serta menyesatkan keturunan anak-anak Adam.

Oleh itu, dua janji utama Iblis ialah:
1-Iblis akan menjadikan sesuatu kejahatan dan juga maksiat itu sebagai suatu perkara yang disukai oleh umat Islam, apabila sudah berlaku demikian, maka berjayalah iblis ini melaksanakan tugasannya itu...

2-Iblis akan cuba menyesatkan semua umat Islam, supaya berpaling daripada Agama Islam, oleh sebab itu banyak gejala-gejala syirik yg menyebabkan gugurnya aqidah seseorang MUSLIM itu, kerana dosa syirik itu taidak akan diampun oleh Allah s.w.t

oleh turunnya ayat yg ke-40 utk memaklumkan ada penyelamatnya iaitu:-

hamba-hambanya yg terpilih iaitu hambaNYA yg ikhlas, ingin saya kongsikan berkenaan tentang sifat Ikhlas.

Dimana ada beberapa tingkatan Ikhlas

1) Ikhlas orang awam
-Penjelasannya: orang ni melakukan sesuatu perkara tetapi ada niat utk dipuji dan sebagainya.

2) Ikhlas orang Mujahadah
-Penjelasannya: orang ini melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana pahala seperti, mengerjakan puasa, solat berjemaah, dan lain-lain

3) Ikhlas orang berilmu
-Penjelasannya: orang ini melakukan sesuatu perkara semata-mata pada kelebihan pada sesuatu ibadah seperti, solat dhuha, solat tahajud, dan lain-lain

4) Ikhlas orang yang istimewa
-Penjelasannya: orang ini melakukan sesuatu perkara kerana takutkan Azab Allah s.w.t, seperti meninggalkan perbuatan mengumpat, menyakiti hati jiran dan lain-lain

5) Ikhlas orang yang teristimewa
-Penjelasannya: orang ini melakukan sesuatu perkara dengan mengharapkan redha Allah s.w.t. iaitu melaksanakan sesuatu ibadah dan lain-lain keran Allah s.w.t semata-mata...

Oleh itu sebagai muhasabah diri, dimana tahap ikhlas kita ini....

tepuk dada, tanya iman masing-masing...

Wallhua'lam...






Rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah


Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3.  Solat `Eidul-Adha Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”
-  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
 -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

WALLAHU A`LAM.

Selasa, 1 November 2011

Surah Al-Baqarah ayat:286

Surah Al-Baqarah ayat:286

"Tidak memberati oleh Allah akan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."


Merujuk kepada ayat diatas, dimana Allah s.w.t telah menetapkan Qada' dan Qadar pada setiap hambaNYA, dimana sejak azali lagi ketika rohnya berjanji setia, semasa hendak ditiupkan roh kedalam jasadnya, kemudian dilahirkan sebagai seorang bayi.

Dimana ditetapkan tiga perkara iaitu,
1-Ajal Mautnya
2-Rezekinya
3-Jodoh pertemuannya

Oleh itu, janganlah ada dikalangan seseorang muslim itu, menyalahkan taqdirnya semata-mata. Perlu adanya muhasabah diri kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Dimana dalam firman Allah Azza Wajalla :





Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan