Rabu, 2 November 2011

Ingat akan hari kematian - Surah Ali Imran:- ayat 185

Kematian adalah hakikat bagi sebuah kehidupan. Nabi SAW menggalakkan kita agar sentiasa mengingatinya, agar kita tidak leka dengan kehidupan sementara yang tidak kekal ini.

Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Ali Imran ayat 185 bermaksud:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Umur kita semakin pendek, masa yang tinggal tidak banyak, tetapi kita masih leka dan lupa. Kematian seseorang sepatutnya boleh menyedarkan kita dari lena yang panjang. Manusia hanya ada dua kumpulan saat kematiannya. 
Kumpulan yang pertama adalah mereka yang tidak bimbang dengan hari akhirat kerana amal baiknya dan tidak sedih dengan apa yang bakal ditinggalkannya daripada dunia serta ahli keluarganya. 
FirmanNya dalam surah Fussilat ayat 30 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa. Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita. Dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Kumpulan yang kedua pula adalah mereka yang kufur dan melakukan kezaliman. 
Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 93 bermaksud:
Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratu al-maut, sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan sesuatu yang tidak benar, dan kamu pula sombong takabbur akan ayat-ayat keteranganNya.

 kredit kpd:-
http://hjanhar.blogspot.com/2011/11/cukuplah-mati-sebagai-peringatan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan