Selasa, 3 Januari 2012

Peringatan akan Kematian anak Adam



Salam perkhabaran buat sahabat-sahabat seperjuangan, semoga istiqamah dalam melaksanakan amalan yang diredhai Allah Azza Wa Jalla.

Renungi  bersama ayat Quran ini:-


Surah Al-A'raf ayat 34:

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"


Surah Ar-Rom ayat 57-59:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi(di dalam Syurga), mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan,"

"(iaitu) orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya"

Walaupun dimana kita berada, kematian itu pasti menemui kita, oleh itu bersiap sedialah dengan amalan mu, semoga amalan yang dilaksanakan diterima Alllah Azza Wa Jalla, mudah-mudahan insya'Allah.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
 
Apabila mati anak adam semua amalannya akan terputus melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat Tirmizi)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan