Khamis, 10 Oktober 2013

7 Tips Didik Anak Perempuan


Gambar Hiasan

1) Pengabdian Diri Kepada Allah SWT
Dalam proses mendidik anak-anak termasuklah anak perempuan, ibubapa perlu menerapkan kepada mereka konsep pengabdian diri hanya kepada Allah SWT atau ringkasnyamengajar tentang ilmu Tauhid dan asas-asas agama seperti solat dan puasa. Tanamkan pada anak-anak supaya mereka mencintai dan mengagungkan Allah SWT pada setiap tindak tanduk mereka.

2) Kata-Kata Positif
Kata-kata yang diungkapkan oleh ibu bapa mestilah kata-kata yang mendidik dan yang memberi inspirasi serta motivasi kepada anak-anak.

3) Rezeki Yang Halal
Bapa khususnya selaku ketua keluarga dan pemberi nafkah hendaklah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati Allah SWT. Jauhilah segala bentuk riba, penipuan, rasuah dan sebagainya kerana ini boleh menghalang kita daripada mendapat keberkatan dalam rezeki.

4) Tingkah Laku Yang Baik
Ibu bapa adalah cerminkepada anak-anak. Oleh itu, paparan contoh tingkah laku yang baik daripada ibu bapa merupakan suatu contoh bentuk pendidikan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak.

5) Sabar
Setiap anak-anak mempunyai karekter masing-masing. Adayang lebih cenderung kepada kebaikan dan ada pula sebaliknya. Oleh itu, ibu bapa perlu bersabar dalam melayani setiap karekter mereka disamping memberi nasihat kepada mereka kerana orang-orang yang bersabar tidak akan sia-sia seperti firman Allah SWT:

          "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memnuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalnnya." Surah Al-Ankabut: 69

6) Tukar Pukulan Kepada Penghargaan
Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa tidak boleh memukul mereka lebih daripada 10 pukulan dan usia yang paling kecil adalah berumur 10 tahun. Pukullah mereka dengan kayu yang nipis dan jauhkan dari memukul muka serta pukulan itu perlu dimulakan dengan Bismillah.

          "Islam tidak menggalakkan memukul anak-anak ketika kita dalam keadaan marah, tetapi sekiranya pukulan tersebut boleh ditukar dengan memberi penghargaan atau sekatan-sekatan tertentu, maka itu lebih baik untuk anak perempuan," Jelasnya.

7) Doa Mendidik Anak
Doa merupakan perkara yang tidak boleh ditinggalkan ketika mendidik anak. Umpamanya doa,

          "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." Surah Al-Furqan: 74


2 ulasan:

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan