Rabu, 11 Disember 2013

Panggilan Kepada Mayat-3




Orang yang lupa mati itu adalah seperti mana banyak terdapat di taman bunga Lake Garden. Kalau malam-malam, apatah lagi malam minggu, tiap pokok mesti berhantu. Satu pokok dua hantu; satu hantu jantan dan satu lagi hantu betina.
Apakah orang-orang yang jadi hantu pokok itu ingatkan mati? Jika mereka ingatkan mati, sudah tentulah mereka tidak jadi hantu pokok. Tapi bagaimana jika mereka sedang duduk-duduk berdua-duaan itu menceritakan hal-hal akhirat?

Ling-ling(Darling)… you tau tak?”

“Apa?”  jawab lelaki yang di sebalahnya.

Ainamaa takuunuu yudrikkumul maut, Di maja saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,”  kata si perempuan memetik ayat suci Al-Quran.

Kalau itulah yang diingatkan ketika berdua-duaan, sudah tentulah tak jadi buat maksiat. Jelaslah di sini, sedang nak lakukan maksiat teringat mati, kita tidak lakukan. Apatah lagi baru bercadang nak buat maksiat.

Selain dari itu, janganlah kita sia-siakan hidup di dunia ini. Jangan buat maksiat. Jangan bercakap maksiat. Biarlah percakapan yang keluar dari mulut kita itu ada manfaatnya. Kalau tidak, lebih baik kita diam. Oleh itu, mulut kita ini hendaklah sentiasa zikirullah, ingatkan Allah.

Apa untungnya orang yang ingatkan mati? Apa ruginya orang yang lupakan mati? Untungnya orang yang ingatkan mati ada tiga:
1)  Dia ingin bertaubat.
2)  Tidak mahu buat maksiat
3)  Ingin memperbanyakkan ibadat kepada Allah.

 Ruginya orang yang lupa akan mati;
1)  Dia tidak mahu bertaubat atau menangguh-nanguhkan taubat.
2)  Tidak mahu beribadat.
3)  Suka melakukan maksiat.

Ingatlah Allah dengan membasahi bibir kita dengan zikirullah agar kita menjadi mayat yang kaya diakhirat kelak. Ingatlah mati sebagai peringatan sebelum kita menjadi MAYAT!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan