Jumaat, 3 Oktober 2014

Pati Minyak Zaitun

OLIVE OIL




BAGAIMANA MENGETAHUI MINYAK ZAITUN ITU ASLI ?
1. Ujian Minyak- Pati minyak Zaitun yang asli tanpa campuran, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk(bukan di bahagian beku) selama 24 jam, ia akan bertukar menjadi seumpama gel. Manakala minyak Zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran lain akan kekal cair.
2. Pembungkusan- Pastikan pati minyak Zaitun di dalam botol kaca yang gelap atau di dalam kotak serta jauh dari suhu panas. Pati Minyak zaitun akan hilang khasiat apabila berada di dalam, botol plastik atau terdedah kepada cahaya dan kepanasan.
KENAPA BERLAKU TINDAKBALAS ?
Berubat dengan sumber alami seumpama minyak Zaitun akan mempunyai TINDAK BALAS PEMULIHAN. Tindak balas pemulihan seumpama berasa kehilangan tenaga sementara, tidur lebih lama di waktu malam, gatal atau sakit pada bahagian tertentu anggota badan, sistem penghadaman terganggu seumpama berangin, cirit atau sembelit dan lain-lain. Tindak balas berlaku disebabkan badan cuba mengeluarkan toksid yang berada di dalam sel badan
Robert Kosh (Penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Ubat-Ubatan): "Lebih teruk kesihatan seseorang (banyak toksik di dalam badan), lebih kuat tindakbalas pemulihan kepadanya". Tindak balas pemulihan akan berkurangan dan hilang apabila tubuh sudah semakin sihat. Perubahan dengan cara alami adalah kesembuhan secara hakiki.
  
Halal Certificate from Grand Mufti Aleppo (Ref. No: 35/S/2011)

NUTRISI UTAMA

1. Vitamin E2. Poliphenols3. Quarcetin4. Carotens5. Linoelic Acid (Omega 3 & 6)6. Chlorophilis7. Antioxidants8. Antocyanin
MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH
 Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
 Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
 Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
 Sistem penghadaman (Digestive System)
 Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
 Sistem Pernafasan (Respiratory System)
 Organ dan sistem mata
 Sistem imunisasi
 Menghalang pembetukan tumor
 Mengurangkan kesakitan kanser
 Menghalang pembentukan kanser
 Menyerap kalsium
 Mengelakkan keradangan (Inflammation) 
PATI MINYAK ZAITUN & TUBUH MANUSIA

Sari Cuka Teen


1.Apakah Sari Cuka Teen Semulajadi?
Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair cokelat pekat terdedah kepada cahaya
2. Apakah Sifat Asas 'Mother' ?
'Mother' adalah gelap, di mana mempunyai kesan keruh di dalam pembuatan Sari Cuka Teen secara semulajadi yang melibatkan sebatian di dalam buah dan kesan Teen - 'Mother' muncul sebagai molekul protein yang bercantum. Kemunculam 'mother' menunjukkan bahawa bahagian terbaik bagi Teen tidak dimusnahkan. Cuka mengandungi 'mother' juga mengandungi enzim dan mineral yang mana mungkin cuka lain tiada disebabkan oleh proses yang berlebihan, penapisan dan pemanasan yang berlebihan.
3. Kenapa Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan ?
Pasturasi adalah proses pemanasan yang bertujuan untuk menghapuskan bakteria punca masalah kepada cecair yang boleh diminum seperti susu, jus dan sebagainya. Walaupun begitu, proses ini juga akan memusnahkan nutrisi-nutrisi kecil dan enzim yang mungkin menjadi bahagian utama itu berguna untuk dimakan.Bagi kes Sari Cuka Teen Olive House, proses pasturasi boleh memusnahkan 'mother' yang merupakan penyumbang faktor kesihatan utama kepada cuka kami
4. Bolehkah 'Mother' Dimakan/Diminum ?
"Mother' adalah bahagian yang paling berkhasiat yang terdapat di dalam Sari Cuka Teen dan sangat bagus untuk dihadam. Selalunya 'mother' akan berada di bahagian bawah botol. Kami menyarankan agar goncang botol perlahan-lahan untuk sebatikan mother sebelum dimakan/diminum.
5. Memandangkan Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan, Adakah ia Terlindung dari Bakteria E.coli ?
Sari Cuka Teen Olive House tidak mengandungi bakteria E.Coli kerana kandungan asid di dalam cuka berkesan membunuh 0-157 ancaman bakteria E.Coli
6. Perlukah Sari Cuka Teen Olive House Disejukkan
Sari Cuka Teen tidak perlu disejukkan. Kami menyarankan agar menyimpannya di tempat yang jauh dengan sinaran cahaya matahari secara terus dan di tempat yang dingin.
7. Berapa Lamakah Jangka Hayat Sari Cuka Teen ?
FDA Menyatakan bahawa jangka hayat Sari Cuka Teen Adalah diantara 3 hingga 5 tahun selepas daripada tarikh pembotolan (tarikh seperti tertera di botol). Walau bagaimanapun, berdasarkan daripada pengalaman, Sari Cuka Teen adalah produk yang selamat, boleh digunakan dan berkesan pada satu jangka masa selagi tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara terus.
8. Adakah Sari Cuka Teen Selamat Dimakan Ketika Mengandung ?
Sari Cuka Teen Olive House selamat dimakan ketika dan selepas mengandung untuk menyingkirkan toksik di dalam badan malah boleh membantu dengan komplikasi yang hadir ketika mengandung. Ia membantu keseimbangan dalam badan dan penghadaman. Terbaik dapatkan nasihat pakar.
9. Bolehkan Jika Sari Cuka Teen Diambil Terlalu Banyak ?
TIdak ada satu sukatan yang jelas sebanyak mana seseorang itu boleh/perlu ambil Sari Cuka Teen. Walaubagaimana pun, kita perlu ingat bahawa di dalam kehidupan kita perlu besederhana. Untuk sukatan yang ideal di rumah, tempat kerja, bersukan dan gym. Untuk membuat minuman kesihatan, kacau 1-2 sudu teh Cuka Teen Olive House di dalam 220ml air putih dan untuk perasa (ikut selera masing-masing) kacau 1 ke 2 Madu Asli atau 4 titik herba Stevia.
10. Adakah Perlu Untuk Memasukkan Madu Ke Dalam Sari Cuka Teen ?
Tidak menjadi kemestian untuk memasukkan madu kedalam koktel Sari Cuka Teen Olive House, hanya gunakan Sari Cuka Teen bersama air yang ditapis. Madu dicadangkan kerana ia telah terbukti agen bioaktif yang mengandungi vitamin dan enzim yang berguna untuk penghadaman dan metabolisma. Ia juga menambahkan kebaikan kesihatan kepada Sari Cuka Teen koktel dan untungnya, Sari Cuka Teen sendiri juga mempunyai kebaikan kesihatan walaupun tanpa madu.
11. Adakah Sari Cuka Teen Boleh Dimakan Secara Terus ?
Dicadangkan agar mengambil Sari Cuka Teen dicampur bersama air atau jus. Ini kerana Sari Cuka Teen bertindak seperti span, bertindak terus ke tisu badan yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa jika dimakan secara terus dengan menggunakan sudu sahaja.
12. Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen ?
Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan, Sari Cuka Teen juga membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan, Membantu mengembalikan keremajaan badan, Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat, Membantu mengekalkan kulit yang sihat, Membantu mengawal berat badan, Membantu penghadaman dan asimilasi, Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman dan Menyembuhkan radang kulit.
13. Adakah Sari Cuka Teen Bebas Daripada Gluten ?
Ya. Sari Cuka Teen secara semulajadinya bebas daripada Gluten

Buah Teen dari Turki

Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang.

Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang. Buah teen merupakan buah dari syuraga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci
SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau.
Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru.
Di sebutkan juga oleh Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen"
Alhamdulillah, kini produk buah teen separa segar telah berada di pasaran.Stok terhad!! Cepat dapatkan stok anda dengan HARGA PROMOSI di pasaran dari agen-agen rasmi kami yang berdekatan dengan tempat anda....


OLIVEHOUSE DRIED FIGS

 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki

 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL


BUAH TEEN & KESIHATAN

1. FIBER
Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
2. ANTIOKSIDA
Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.
3. ASID LEMAK
Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular
4. MINERAL DAN VITAMIN PENTING
Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.

Olive 30 Plus



Olive 30 Plus adalah Pati Minyak Zaitun Keluaran Morocco yang 30 kali Ganda daripada yang biasa

SAYA TERPAKSA MENULIS
Ust Mohd Zahir Ghazali
APA ITU PRODUK OLIVIE PLUS 30x
Kebelakangan ini, saya menerima deretan sms, whatsApp serta PM FaceBook yang bertanya dan ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk Olivie Plus 30x, produk Minyak Zaitun yang diiktiraf sebagai Minyak Zaitun yang terbaik di dunia. Maka di sini saya amat menghargai persoalan juga pertanyaan daripada sahabat juga kenalan yang berlokasikan dari seluruh pelusuk tanahair.
Saya kongsikan jawapan di sini agar sama-sama kita dapat mengambil maklumat dan faedah daripada anugerah kurniaan Allah SWT ini. Saya juga memohon maaf di atas kelemahan menyusun ayat dan fakta kerana sudah agak terlalu lama saya tidak menulis melainkan info ringkas dan komen pendek dalam isu-isu sensasi yang menjadi viral semasa di kalangan pengguna media baru.
Olivie Plus 30x adalah produk Minyak Zaitun yang diiktiraf sebagai Minyak Zaitun yang paling baik kualitinya di dunia. Ini kerana kandungan Hydroxytyrosol mencapai 30 kali ganda dari kebanyakan Minyak Zaitun yang ada di pasaran. Minyak Zaitun membekalkan Anti-Oksidan yang paling berkuasa bernama Hydroxytyrosol. Olivie Plus 30x membekal 30 kali ganda Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun biasa secara ALAMI bukan EXTRACT.
Olivie Plus 30x dibekalkan oleh Syarikat Perniagaan Aqallal dari Negara Morocco yang telah menjalankan perniagaan Minyak Zaitun sejak turun temurun lebih 150 tahun yang lalu.
Olivie Plus 30x adalah produk yang amat dikenali oleh masyarakat Morocco dan Eropah serta diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal di dunia seperti Prof Dr Henry Jeyoux (Bapa kanser Dunia) Dr Brehlemn, Dr Abul Ghanam dan Dr Mohammad Faid (pakar nutrisi dan zaitun).
Olive House Malaysia mendapat penghargaan yang bernilai dengan dilantik sebagai wakil tunggal bagi memasarkan produk Olivie Plus 30x di Zon Asia Pasiffic. Ianya hasil cadangan dan saranan oleh Profesor Dr Mohammad Faid, pakar nutrisi dunia dari Morocco yang merupakan penasihat kepada perniagaan kami, Olive House.
Walaupun produk Olivie Plus 30x baru berada di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu, banyak testimoni yang menarik dan menakjubkan telah dikongsi oleh ramai di kalangan pengguna produk ini, Alhamdulillah.
Produk Olivie Plus 30x dihasilkan dari buah zaitun hijau yang ditanam di kawasan pergunungan Atlas, Morocco. Syarikat Perniagaan Aqallal menanam lebih sejuta pohon zaitun di kawasan yang kering serta mencabar untuk mana-mana sepsis tumbuhan lain melangsungkan kehidupan.
Subhanallah!!
Zaitun terbukti mempunyai daya tahan untuk terus berjuang dan hidup walaupun di lokasi sukar, kering, panas dan mencabar.
Kesukaran ini menyebabkan kandungan polyphenol dan hydroxtrosol yang terhasil dari Minyak Zaitun yang diproses didapati berpuluh kali ganda dari zaitun yang ditanam di kawasan biasa.
Pohon zaitun yang ditanam di kawasan yang lain di Negara Morocco juga gagal menghasilkan Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti Hydroxytyrosol seperti yang ditanam di kawasan tersebut.
Sepertimana yang difahami oleh mereka yang mengkaji kehebatan dan keistimewaan pohon zaitun, ianya disebut oleh Allah SWT pada 7 ayat di dalam Al –Quran samaada secara sendirian ataupun disebut dengan buah buahan yang lain. Zaitun merupakan sejenis sepsis tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang begitu kuat untuk hidup. Sehingga ada maklumat menyatakan ia mampu hidup sehingga ratusan tahun bahkan sehingga ribuan tahun.
Wallahua’lam.
Kajian yang di lakukan menggunakan Olivie Plus 30x mengikut Professor Henri Joyeux;
membantu merawat; Kanser kolon, Kanser darah, Kanser PayuDara, Masalah kardiovaskular, Diabetes, Parkinson, Alzheimer, Kourier kepada kalsium di dalam makanan kepada tubuh, Masalah kesuburan kepada lelaki dan wanita, Prostate dan lain-lain.
Lihat Buku: Olive Oil Antioxydants m/s vii & viii
Kehebatan produk Olivie Plus 30x telah dinukilkan di dalam sebuah buku berbahasa Perancis yang amat dikenali di Negara Morocco dan Perancis ”POLYPHENOLS d’HUILE d”OLIVE, TRESORS SANTI !
Olive House Malaysia telah mengambil usaha menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Inggeris “Olive Oil Anti Oxidants-A Treasure For Your Health ! Buku ini boleh didapati melalui agen-agen rasmi Olive House di seluruh Malaysia.
Harga RM85.90 sebotol produk Olivie Plus 30x adalah terlalu rendah, dibandingkan kualiti produk dan kebanyakan produk Minyak Zaitun yang mempunyai gandaan Polyphenols adalah menjangkau ratusan ringgit harganya di Malaysia.
Sekiranya anda ingin mencuba, hubungi wakil-wakil kami di seluruh Malaysia. Kami juga membuka peluang kepada anda yang berminat menjadi wakil perniagaan kami di seluruh Malaysia.
Ust Mohd Zahir Ghazali
Penyelaras Agen Olive House Malaysia
HP :019 - 493 7700

Ust Aminuddin Bin Md Kassim
Pengurus Agen Olive House JOHOR
HP: 013-7461761

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan