Jumaat, 3 Oktober 2014

Buah Teen dari Turki

Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang.

Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang. Buah teen merupakan buah dari syuraga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci
SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau.
Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru.
Di sebutkan juga oleh Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen"
Alhamdulillah, kini produk buah teen separa segar telah berada di pasaran.Stok terhad!! Cepat dapatkan stok anda dengan HARGA PROMOSI di pasaran dari agen-agen rasmi kami yang berdekatan dengan tempat anda....


OLIVEHOUSE DRIED FIGS

 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki

 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL


BUAH TEEN & KESIHATAN

1. FIBER
Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
2. ANTIOKSIDA
Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.
3. ASID LEMAK
Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular
4. MINERAL DAN VITAMIN PENTING
Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Firman Allah S.W.T

Mutiara Kata...

Pengamanah Agama:
“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap.
Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. ”

Salam Ukhwwah...

We Begin With Nature

iklan

iklan